Saturday, April 18, 2009

mata biru?

"budak tesl mata biru"
"budak tesl makan nasi k?"

hm...dua ayat ni mmg sinonim la ngn bebudak opsyen bi..kenapa ek?so,entri kali ni aku nk sentuh hal2 melayu tak melayu...oops!bukan berunsur perkauman ye...

ye,memang aku belajar English dan aku juga mengaku yang orang-orang opsyen yang sama dengan aku ni memang bergelumang dengan perkataan2 ni setiap masa.memang aku guna banyak bahasa inggeris dari bahasa malaysia.tidak dinafikan juga yang bahasa malaysia aku banyak dipengaruhi unsur2 bahasa inggeris.itu adalah realitinya.

tapi aku tetap melayu.tekak tetap melayu.makan nasi,ulam,soto dan pelbagai masakan melayu yang lain. Aku tetap memakai baju kurung,kebaya dan kain sarung(kadang2 la).mata tetap warna coklat,warna lazim orang melayu.kulit bukanlah putih pucat...kuning2 langsat,sama macam melayu yang lain.aku lebih fasih bercakap bahasa melayu dari bahasa inggeris dan boleh menggunakan ayat2 bm yg lengkap struktur bahasanya.apa lg yg perlu membuktikan aku org melayu?

persoalannya di sini..janganlah mempersoalkan kemelayuan seseorang itu berdasarkan apa yg dilihat dengan mata kasar shj.apa salahnya belajar bahasa inggeris?apa salahnya menggunakan bahasa inggeris?sampai bila kita nk biarkan pemikiran kita tetap berada ditakuk lama?tidak berkembang dan bebas meneroka sesuatu yang baru?

untuk org2 yg mengenali diri ini...anda tahu siapa aku sebenarnya..

2 comments:

mazhad said...

assalamualaikum.aku mata hijau.huhu...

Azeyana Zainal said...

eeeeeee...mcm kucing aku