Thursday, August 20, 2009

warkah kerinduan

Ke hadapan kau yang kurindui..Semoga sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Maafkan daku kerana telah terlalu lama tidak mengutus khabar buatmu..Bukan kerna kekangan masa yang menghimpit hidupku..namun aku tidak punya kekuatan untuk mengingatimu..

Entah kenapa malam ini, ketika ini aku menarikan jemariku untukmu. Sudah banyak kali hatiku mendesak, menggagahkan diri mengirim walau sepatah kata buatmu namun ia terhalang dek fikiranku. Tapi kini, kerinduanku mengenepikan segalanya. Aku akur pada hati..Maafkan keegoanku..

Benar, aku selalu menghubungi mama, papa dan yang lain. Tapi kurasa agak kekok untuk bertanya kepada mereka tentang keadaanmu. Sesekali terdengar suaramu di hujung talian. Hatiku berdetap hiba. Namun ku tahan jua. Aku memang tidak pernah meminta mama memanggilmu untuk bercakap dengan aku. Sungguh, masa2 lalu membuatkan aku mengerti yang kau tidak pernah faham apa yg kukatakan. Untuk apa aku merelakan ketidakfahaman mu itu melukai hatiku?

Kendatipun, aku tetap rindu padamu. Aku rindu saat kita berkejaran mesra. Aku rindu saat melihat kau menikmati santapan yang aku sediakan. Aku rindu mendengar suara manjamu. Aku rindu renungan matamu. Aku turut merindui keletahmu yang nakal itu. Aku tahu kau juga begitu, bukan? Masihkah kau menghabiskan siangmu di kamarku? Adakah jendela kamarku masih menjadi tempatmu termenung melihat awan atau barangkali mengenang nasibmu yang sendirian? Atau masihkah engkau setia mengejutkan ahli rumah dengan suara lunakmu saat subuh menjelang?

Alangkah bahagianya andai saat ini kau di hadapanku. Akan kulempiaskan kerinduan ini padamu. Akan kuceritakan setiap pengalaman pahit manisku padamu. Aku tahu, pasti kau hanya memandangku sepi tanpa sebarang kata. Itulah kebiasaanmu. Aku menanti untuk bertemu denganmu. Membelaimu penuh kasih.Nantikan aku...Cici, kucingku.

Monday, August 17, 2009

E-learning yang membengangkan

aku tak tau napa..aku mmg benci yg teramat kt subjek yg satu ni...Actually tak la benci sampai aku tanak blajar...since aku mmg suka gak exploe bab IT ni..aku tak kisah la...tp knp banyak sgt benda nk kna buat?WHY????

1. Website --> ini adalah kerja kump. Kna prepare 1 website yg sesuai utk learning process..kt dlm website lak kna ada mcm2..pdf..jpeg...pp..bla..bla..n bla..bla...yg aku sendiri tak tau apa ke menatang tu. Semua kna purrfect...tu yg tensen...30webpage...everything must be perfect!WTF?susah kot...dhla sy buta IT ckit arghhhhhhhh!!!!!!

2. Newsletter --> hat ni kna buat buletin yg sesuai utk english language society...tak byk komen sgt sebab senang nk buat.

3. Poster --> yg menyakitkan hati tu kna guna Adobe Photo Shop!dhla tak tau guna menda alah tu..nk siapkan cepat lak..kang buat ikut suka kang...kata tak ikut prosedur pulak...nk belatih guna laptop sendiri...asal install je konfem laptop aku demam..so?mcmana nk siapkan kerja?

4. Power point --> yg ni aku tak faham sgt.mungkin sbb kpla hotak aku dah berselirat dgn benda yg trsebut di atas kot. PP senang je...yg jd susah sbb benda2 kt atas tu la..

5. QUIZ --> dh la kerja banyak...kuiz ada tiga kali..tnya teori lak tu...pdf?jpeg?winzip?amende tu?arghhhh!!!


skrg ni...aku tgh mengcompare...knp batch b4 me kna buat modul soalan je?(and they say :u guys are lucky didnt get Dr. H as ur lecturer)...well...take a look at the list of assignment above...who's luckier huh?

Monday, August 10, 2009

akumemangtakretibagitajuk

Selaut kasih yang terhampar di hatiku
Bagaikan memanggil sang nelayan
Mengaut kasih yang tak pernah berkurang

Segunung sayang yang teguh berdiri
Memanggil-manggil sang pendaki
Berpaut terus ke dahan yang kukuh
Agar mampu ke puncak
Menawan cintaku

akumemangtakretibagitajuk

Selaut kasih yang terhampar di hatiku
Bagaikan memanggil sang nelayan
Mengaut kasih yang tak pernah berkurang

Segunung saying yang teguh berdiri
Memanggil-manggil sang pendaki
Berpaut terus ke dahan yang kukuh
Agar mampu ke puncak
Menawan cintaku

Tuesday, August 4, 2009

mak tak bagi!!!

aku perlu akui satu perkara. Aku sukar utk melupakan sesuatu yang aku cintai...

Aku mmg lama suka, gemar dan boleh juga dikatakan cinta pada yang satu ini. Kiranya macam dah addicted sangat...Dah kemaruk kata org melayu la. Dari dulu sampai la sekarang, memang aku tak leh nak lupa...nak tinggal benda ni. Boleh juga dikatakan sepenuh hati aku menaruh minat. Aku sayang sangat sampai kadang-kadang aku lupa benda lain...

Tanggungjawab aku sebagai pelajar...
Tanggungjawab aku sebagai anak...
Tanggungjawab aku sebagai rakan...

dan lain-lain...Bila aku bersama dgn yang satu ini, aku rasa best sangat. Segala masalah aku hilang, ketensenan belajar (menghadap buku, assingnment,meluat dgn cikgu/lecturer) hilang..ghaib..Paling best, aku dpt meluangkan masa-masa kosong aku yang amat membosankan. Ye,memang aku seorang yg aktif..

Sayangnya, famili aku tak setuju aku dgn yang satu ni. Mak aku mmg bantah sangat2. Dulu dia bagi...sekarang tak lagi..Apa yang terjadi bukan salah aku pun..Aku tak tahu menahu..Its juz happen..Sekarang aku rasa geram dan kecewa sangat sebab tak boleh bersama dengan yang satu ini..Setiap kali ada chance, semangat aku membuak2.Tapi aku hanya mampu menahan..tapi sampai bila?Ada tak org faham keadaan aku sekarang?

Aku memang...sangat...sangat...mencintai yang satu ini...Silat...huhuhuhu

Saturday, August 1, 2009

kisah budak yang degil...

mak dan bapa dh banyak kali pesan..jgn gi memana..duk diam2 dalam hostel...tapi dia degil...

Abangnya yg sulung juga dah pesan..kondisi kesihatannya sangat rapuh..jangan ke mana2..duk dalam hostel...tapi dia degil..

kebosanan yang melampaui batas kesabaran membuatkan kakinya tetap gatal melangkah keluar dr hostal..memang dia degil...

org ramai balik rumah, dtg bw penyakit..(mungkin sbb makan buah banyak sangat)..dia yg sihat pula cari penyakit..mkn buah rambutan, manggis dan langsat banyak2...memang dia degil...

org kata, pegi tempat aircond pakai la sweater ke jaket k..tp dia malas nk bawa sebab beg penuh..dia mmg degil..

org kata jgn minum byk ais dan air berkarbonat..dia bantai juga..memang dia degil...

Akhirnya budak yg degil itu kini diserang demam...tatkala kisah swine flu baru nk reda kat tpt dia blajar...padan muka dia..ha...degil lagi..