Monday, October 1, 2012

hey kamu!sabarlah

Ish...tak faham betul!

kan dah kata rezeki tu di mana-mana..sabarlah!

alkisahnya...isu posting. Psst..psst..ni isu sensitif ni.tp aku nk cakap ikut suka aku je la.org lain mengamuk meroyan boleh..kenapa aku tak boleh?

Seingat aku..masa mula-mula masuk maktab dulu..tak ada pula dijanjikan habis belajar terus posting kan? jadi kenapa bila lambat posting semua nak bising???
kita kena faham...ada beribu-ribu lagi graduan yg baru tamat pengajian. Sekolah di malaysia ni memang banyak.banyak juga yg tak cukup cikgunya. tapi kena ingat la..bukan senang nak letak nama2 kita di di sekolah2 tu. kita tak tau prosedurnya. mungkin ada kaitan dgn pengiraan statistik utk geran sekolah tahun depan.mungkin akan melibatkan hal2 pentadbiran sekolah..ntah..mana tau ada macam2 lagi..so, kena cuba utk rasional.

kedua, aku sendiri rasa..kalau masuk tengah2 tahun ni agak kelam kabut juga sebenarnya. kita kena catch up dgn silibus.sian juga kat budak2..dah selesa belajar dgn cikgu A tetiba kena belajar dgn cikgu B. siapa setuju?

jadi sabarlah...wpun baru2 ni kecoh kata kat paper keluar kata masa pembentangan belanjawan 2013 nasib graduan ismp ttg kedudukan sbg guru akan diumumkan then tetiba xda apa2 pun (lpas fokus tgk PM bentang)..tp yelah..xkn nk umum pasal posting masa bajet?logik kan?pastu..yg ckp tu menteri kpt..yang urusnya kpm..haa...jadi xleh nk kata valid sgt.so..xpayahla kecoh2..

Ye..menanti menunggu tu memeritkan.justeru...apa kata kita sama2 menanti dgn produktif. masa nila nk cari keja part time. lantakla nak jadi apa pun. bg aku..aku xnk keja yg berkaitan cikgu cikgi ni..nk try bidang lain..nanti mesti lama juga jd cikgu.bertahun,berdekad..masa ni kita cari pengalaman.nak keja kat mana2 pun xpa.aku niat nk keja bhgn pelancongan/perhotelan.minat ke situ..boleh dpt pengalaman.nnti boleh cerita kat anak2 murid..haa...betul tak?

rezeki ni sedara sedari...jgnla dijadikan isu..ada di mana2..cari je.kita tunggula bila nk jadi cikgu.kalau ada..ada..takda...nak buat mcmana.btw..bakal cikgu ni hebat2 sepatutnya.tahu ikhtiar hidup..sahut lah cabaran ni dr pom pang pom pang tak puas hati..

sekian..salah silap ampun dipohon

alkisah hari kelahiran

Happy birthday to you..lalalala

Alkisahnya...aku adalah seorang manusia yang tidakkisah tentang tarikh lahir. Ok, kau lahir pada sekian-sekian..so?

sila jangan salah faham..untuk hari lahir org yang aku sayang, aku akan anggap special. Akan cuba sedaya yang mungkin utk bagi hadiah atau at least wish birthday dia..

isunya sekarang ialah..untuk diri aku sendiri.Aku tak kisah. ada org wish k..ada org bg hadiah k...xjadi hal bg aku. hari ulangtahun kelahiran lebih byk beri kesedihan pd aku. Aku tau hari itu ialah hari di mana mak aku berhempas pulas bawa aku k dunia.hari di mana aku bertambah tua.dan yang penting..hari itu ialah hari untuk aku perlu menilai sejauh mana nilai hidup aku di dunia ini..bukan nak kata hari lain tak buat..tp dengan pertambahan usia..hari tersebut akan menjadi sesuatu yg berat bg aku. aku kena tahu sepanjang setahun yg lepas apa aku dh buat.apa pula aku akn buat pd hari2 mendatang sbg org 'baru'.

Ini pendapat aku. bukan nak kata aku tak suka hari jadi..tp aku tak kisah.aku tak akan jd mcm sesetengah org yg bgtau org lain bila tarikh hari lahirnya kian hampir. aku juga xmampu nak request itu dan ini sempena hari jadi.no..itu..bukan aku.

so,stp tahun..aku elak org utk sambut birthday aku.no cake..no present.its okay.i dont mind.kalau dapat alhamdulillah...tp xperlu membazir.hanya doakan kesejahteraan hidup pun cukup.atas sebab itu juga,bila saja family aku nk sambut..aku akan kata 'mak,apa kata kita buat makanan..pggl org buat kenduri.xpun hantar ke surau."birthday party is a no no.

so..tu jelah kot aku nk menyembang malam ni.salah silap mohon ampun.

Sunday, August 26, 2012

Bila hujan menggurut,aku melalut

Assalamualaikum...

entry kedua setelah blog berjaya dibuka.pukul 3 pagi dah pun.mata tak mau lelap. Hari xlengkap kalau sebelum tidur xbergayut dengan Encik Daud c(:

Tengah-tengah malam ni...mulalah nak berangan..nak itu...nak ini...meh saya share kat anda2 semua ye..

1. Nak Kerja

ENAM tahun kot bertungkus lumus belajar.terduduk,terlingkup,tergolek semua ada. La ni terpaksa juga menjadi penganggur profesional. status tunggu posting yang tak tau bila nak bertukar. mengharapkan keajaiban la ni..Xpa..nanti2 depan nama saya yg panjang berjela tu akan ada title Cikgu juga *Sigh*

2. Nak Keta

Kalau dah kerja nanti mesti ada gaji, ye tak? koman-koman adalah 2riban lebih..nak pegi keja kena ada transport. kalau tak kena skolah yang di ceruk alam flora dan fauna..yg xpayah nk naik sampan..mesti kena ada keta,ye tak? jadi..perkenalkan...kereta idaman impian penamba hatiku...*drum roll please*

Ford Fiesta!

tak kisahla org kata kecik ke..tak cantik ke...xberbaloi ke..Nak yg ni jugak *sambil hentak2 kaki*..
doakan saya dapat juga keta ni ek..tempat parking dh ada. Bapak dh tunjuk dah "ha, yg ni untuk fiesta". amin...masin mulut bapaku hensem.

3. Nak Kawen

hik..hik..hik..bukan gatal..tapi betul la.Sapa tak nak kawen, ye tak? bencinta bertahun2..xkan la xmo kawen..InsyaAllah..bila dah kerja,dah kumpul duit (dah ada Fiesta)...saya nak tukar status dari cik ke puan. Nak simple2 je majlisnya..janji ijabkabul tu selamat dan success. 

ni pelamin yg sy rasa just nice..haa..simple kan?

simple and sweet..tapi sapa nk bagi sy veil mcm irma pakai ni..Nak...hehehe

doa2la ek niat kami berdua ni dipermudahkan olehNya.Amin...

4. Nak sambung belajar

Ye.saya rindu nak belajar,nak buat assignment,nak blablablabla....maka,bila dh kerja,dapat gaji,dapat keta,dapat suami...saya nak sambung belajar.Nak ambik psikologi kanak2/remaja..kalau dapat luar negara, Alhamdulillah. kalau dalam Malaysia pun takpa...Insyaallah...

Jadi itulah angan-angan saya. Hujan sudah menggurut.menggurut ni maksudnya turun mencurah2 bak kata org Brunei. mata pun dh berat.Jadi saya rasa saya nak tidurlah.Sekian...

p/s: dh makin senang nak guna blogger ni rupanya..

Tora datang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...salam sejahtera semua

Fuh!Fuh!pergh...banyaknya habuk!

ni memang betul  dh berkurun tak buka.Sekarang dah bulan Ogos 2012.Memang lama gila...bukan apa..lupa password...

perubahan mmg byk.Saya dah tukar status!!!
haip!haip!bukan status Single ke Married tau..status mahasiswa kpd graduate.guru tunggu posting..Alhamdulillah...tamat juga tempoh 6 tahun belajar tu..

selain tu...hm...ntahla..hahaha.sekarang ni takde rasa nak menulis sangat.InsyaAllah lain kali sy tarikan jari jemari ni lagi ok!