Friday, March 11, 2011

Rahsia Rumah Tangga Bahagia

ok.saya belum kawin.saya masih single mingle but unavailable.saya baca artikel ni di Berita Harian hari ini.Maka saya rasa ia amat berbaloi untuk dishare.Malah sy juga berpendapat ia juga sesuai utk mereka yg berpacaran.

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti melakukan kerja rumah bersama, makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.* kalau blum kawin xleh mandi sama2 ok.

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. *utk pasangan suami isteri yg sah sahaja.

  • Jaga mulut dan badan supaya tidak berbau bagi memastikan suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • Tukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

  • Jika ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.

  • Suami perlu sentiasa kenang jasa dan susah payah isteri mengandung serta melahirkan anak.

  • Suami atau isteri jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • Jika ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas; isteri bulan - cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya, sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

    Sumber: http://www.fadzilahkamsah.com/

  • p/s: hok bold + larger font tu sesuai utk couple..hok lain bleh dipertimbangkan ttp perlu diubahsuai dgn status anda.ok!

    Tuesday, March 8, 2011

    HEI LELAKI!

    ini ada beberapa perkara yg anda perlu jauhi sebagai lelaki @ boifren org...

    1. Jangan lempiaskan kemarahan anda terhadap perkara lain kepada awek anda.
    Contoh : terperangkap traffic jam tp awek anda pula yg kena..
    (LOL!awek anda ke penyebab traffic jam?)

    2. Jangan jalan menonong kalau keluar bersama
    Contoh : jarak anda dan awek anda boleh letak sebiji Perodua Alza.
    (kalau setakat dua tiga kaki xpe.sila elakkan habit ni walaupun dh kawin beranak pinak.Tetiba awek/bini korg kna accident ke...jatuh pengsan ke..kna culik k..mcmana?)

    3. Buat tak kisah bila dia sakit.
    Contoh : awek anda migrain tahap nak pitam tp anda bleh selamba suruh dia pi beli ubat sendiri dan anda mempraktikkan perkara 2.
    (ini mmg xbertimbang rasa.lagi2 bila awek anda tu jatuh cinta kat anda sbb anda prihatin thdp sakit peningnya ms mula2 dulu.Kawin nnti xtaula mcmana agknya)

    4. Layan iPhone/blackberry/internet masa kuar dating.
    Contoh : mkn berdua anda sibuk update fesbuk
    (pagi petang siang malam dgn gadget..elok bercintan dengan gadget je..)

    5. Buat janji tapi tak tepati.Especially bab makan
    Contoh : pagi2 bangun ckp ngn awek nak ajak makan Mc D..bila dh tengahari hntr SMS cancel gi makan Mc D.makan kat kedai mamak je.
    (bukan soal kisah tak kisah makan kat memana..tp dh janji kan.pompuan cepat rasa mengidam..kempunan dibuatnya..boleh Emo sampai rs nk makan org tau!)


    ini adalah hasil dr pemerhatian dan pengalaman...mungkin ada byk lagi..sila2 la share ye..buat lelaki di luar sana..benda2 di atas mungkin remeh bg anda...tp inilah pencetus pergaduhan anda dan teman anda juga...so,take note!

    p/s:siapa makan asam, dia rasa masam.

    kekadang buat bukan satu masalah

    aku ni bukan jenis yg kuat berjalan pun
    aku juga bukan jenis yg kuat shopping
    aku juga bukan branded conscious person
    apatah lagi memilih tempat high class utk mengisi masa lapang

    pilihan aku adalah tempat2 yg hijau,
    damai, dengan alam semulajadi
    tidak pernah kisah walau makan di gerai2 tepi jalan
    pakaian yg tersarung di badan bukan juga dr jenama ternama
    cukup sekadar selesa dan sesuai dipandang mata
    tidak pernah peduli brand yg kekadang susah nk sebut

    cuma sesekali
    tekak ingin merasa makanan dr restoran mewah
    ataupun namanya sudah dikenali serata dunia
    ingin juga mencuci mata melihat barangan berjenama
    menghirup udara penghawa dingin di mall 'high class'
    bukan selalu...cuma sesekali
    adakah itu menunjukkan aku HIPOKRIT?