Friday, October 29, 2010

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

yerp!aku tau dah tukar nama..tapi aku lagi suka nama ni.Rindu giler kat maktab!!!!kenapa???

1. Xpayah nak kalut kejar bas atau tumpang kawan yg ada keta semata-mata nak gi kelas.
Jalan kaki je ok!

2. Kelas dari 8 pg sampai 1.30 pm.pastu tido nyenyak sbb kipas bilik laju n xpayah nk panjat katil double deck.

3.Xpyh nk ingt kelas kat mana,DKG mana, Fakulti mana, tingkat berapa.hanya lepak dlm kelas sampai lec masuk.mcm dak sekolah kan???

4. Bersidai kat depan kelas masa rehat.

5. beli sandwich tuna,telur,planta-gula kat One-stop recsam skali ngan air kotak.Nyummy!

6. Lepak kat English Department walaupun xda hal.sesaja nk borak ngn lecturer yg sporting giler!

7. rasa nk mkn Mc D,KFC, PizzaHut dsbg?? TESCO ada,Queensbay ada,BJ Mall ada, Prangin Mall ada,Gurney ada..pengangkutan?xpayah nk pikir nk naik apa..Rapid Penang banyak!

8. Bleh jerit kat blok je kalau kelas cancel.Xpayah nk update status kat FB,SMS bebudak kelas.Jimat...

9. ada assembly stp rabu..ms tu mmg letih gila nk panjat bukit spy xlmbt sampai padang.

10. Ada gelanggara yg best bleh main lompat2 tangga ayam.

11. Nak g tgk movie?nak gi pukul brapa pun tak kisah.bukan jauh pun...

12. kalau tak gi kelas,kna senyap2 dalam blok.nanti che putih kejor

13. Gaduh dgn budak blok pinang sbb suka skodeng budak pala

14. Cuti tetap cuti.Xda ko-k yang ganggu hari sabtu anda.

15. Xbosan dlm kelas sbb lecturer bercakap 40%.lagi 60% students yg kecoh nak bg komen,argue segala.

Aih..banyak lagi sbb sebenarnya...rindunya maktab!!!


sambutan raya pertama sbg budak maktab..naive gila muka masing2!


tgk kat blakang! itulah hostel yg aku rindu gila wpun ms duduk rs buruk nk mampus!

Thursday, October 28, 2010

mereka juga penting

saya duduk di DPP (dewan penginapan pelajar) Yayasan Al-Bukhary
Beza YAB dgn DPP lain ialah
kitorg kna kongsi bilik 4 orang..
mari sy kenalkan rakan sebilik saya
mereka begitu penting kerana tanpa mereka saya akn mengalami kesulitan

CIK YAH

beliau belajar sama2 dgn saya
mempunyai ketinggian persis model,kulit cerah,pandai ckp byk bahasa
punya boifren yg juga orang yg penting dan bz
tanpa beliau saya akan:
a) hilang org yg reti kejut sy bangun dr tido
b) tiada teman bergurau senda, gelak ketawa, kongsi rasa
c) kekal sbg org yg tak makan pedas
d) hilang punca makanan (sbb dia slalu tlg blikan makanan)
e) tak update dlm blog2 yg jual brgn online

CIK ROS

asal sm dgn boifren sy
kecik molek,hitam manis, garang sikit, suka kucing *oo yeah!*
tanpa beliau saya akan:
a) terlajak subuh n tido sbb dia mmg bangun awal stp hari
b) hilang mangsa gurauan bila bosan buat kerja
c) tiada makanan ringan sbb xda org nak pegi kedai runcit
d) rasa seram sikit sbb katil bawah tiada penghuni
e) lebih banyak guna ruang meja *suka-suka-suka*


CIK WAN

asal pantai timur
cik wan ni gebu,comel dan agak manja orgnya
sentiasa menjadi bahan guarauan rakan2
tanpa beliau,saya akan:
a) bosan sebab xda org yg kena usik
b) sunyi dr lagu2 jiwang
c) xda teman borak pasal aktiviti yg ada kat uum
d) kurang bingung sbb xdgr bahasa yg sy kurang paham
e) xda teman kat bilik sbb yang lagi dua org slalu balik rumah

saya sayang rumates saya.kami melengkapi masing2.hidup akan jd serba tak kena kalau salah seorang takde.Harap2 kita jadi rumates lagi untuk sem seterusnya before saya kembali semula ke IPG terchenta.


Wednesday, October 27, 2010

Pelajar U mmg BIJAK



aku langsung tak paham
ko pegi kuliah
pakai tak nak lawa
baju kaler2
bau wangi macam pakai perfume sebotol
bedak tebal berinci2
kasut berkilat sampai silau nengoknya

TAPI


perangai kat hostel
cik pon pun lagi baik dr ko
tuala wanita buang merata-rata
nak lagi teruk tampal elok kat dinding shower
mana yg pakai tisu jangan nak kata
habis pakai main tinggal je
yang dok cirit tu toksah cerita
apesal,xleh ke bersihkan sisa2?
ITU BARU CERITA DI JAMBAN
MEH SAMBUNG KISAH SETERUSNYA

kertas balut sabun, pencuci muka dan berus gigi
dah xleh nak pakai mcm xreti2
habis bersepah kat lantai dan sinki
paling xbleh blah si seluar kecik
berminggu2 bersidai kat toilet xreti nak amik
ingat org lain bernafsu nak curik?

lain halnya dgn pinggan mangkuk buat makan nasik
oi,dah reti makan reti la cuci
fab,axion bersepah di sinki
tu sekadar cara nak tunjuk ko rajin membeli?
dah berkulat hitam hijau aku pn geli
kalau gini caranya,toksah mimpi nak berlaki

aku dan rumates menyabarkan diri
kekadang kesian gak dgn makcik yang mencuci
confirm dia reject kalau nk dijadikan menantu sendiri
mgkin juga depa lagu ni sbb ada maid famili
kat rumah just duduk goyang kaki
Well, HELL-O!
sedar2 la diri..
kebersihan tu tanggungjawab sendiri
xguna mekap tebal berinci2
ataupun baju wangi mengalahkan kedai dobi
kalau hakikatnya...
hm...lu pikirla sendirik!



Gajah pun reti guna toilet..Korang???

Sunday, October 24, 2010

gadis misteri

eh...ko ni kan...geram betul aku tau!

aku tau la kau takde kawan...tapi agak2 la kan kalau nak berkenalan pun..ok,memang aku faham keadaan ko.kekadang aku pun kesian juga kat ngko. ko xramai kawan.kalau ada kawn pun, mungkin dorang xrapat sgt dengan ko.yelah, masing-masing punya kegemaran sendiri.aku paham, mesti ko bosan kan..cuma,yang aku tak bleh blah tu...kenapa mesti ko datang cari aku? aku bukan fofular pun..ko cari la org lain..

bukan aku tak nak kawan ngan ko..aku tak sombong..cuma aku takut dan seramlah nak kawan dengan ko. lagipun, cara hidup kita berbeza. ko lain..aku lain..ko makan benda lain.aku makan benda lain...pastu, ko suka nak aktif waktu malam..aku malam2 penat.mcmna nak join aktiviti ko..ko janganla sedih..aku takde niat pun nak sakitkan hati ko..kalau ko terasa, aku minta maaf ek...

satu lagi, ni betul2 aku tak bleh blah. ko datang approach aku masa aku tgh mandi.dahla tgh2 malam tu.Kita berdua je yg ada dlm toilet. aku tau niat ko baik..nak teman aku mandi. ko sj je buat2 bising kan..ko buka paip, ketuk2 pintu toilet...ko buat mcm tu sbb taknak toilet tu sunyi. ko tak nak takutkan aku..sweet betul!aku paham..ko mmg baik..cuma cara tu tak sesuai..nnti apa pula kata org bila kita berdua-duaan..kang kena tuduh lesbian pula...taknak la mcm tu...

another thing yg aku rs kita tak sesuai jd kawan ialah ko pelik. aku tak paham knp ko nak serabai sgt. rambut tu sikat la elok2.dah tau panjang, ikat la..ni tak, biar je serabai. rimas aku nengoknya. Pastu, baju tu..cari la baju lain..asik putih je..labuh lak tu..penampilan kena jaga..kebersihan itu penting..ko kan cantik..kna yakin yg ko cantik..ubah persepsi org terhadap ko selama ni..ni tak, ko dtg jumpa aku dgn appearance mcm tu..mana aku tak terkejut gajah.nasib tak pensan..ish..ish..ish...

ni aku ckp mcm ni..ko jgn berdendam pula..kita taknak gaduh kan...aku juga nk bg ingatan kat ko..jgn buat mcm ni kat org lain..kang heboh satu uum ni kang..aku nk back up ko pun susah...org pecaya ke nnti kat aku?so, aku nasihatkan ko pegila ek cari kawan yg sama dgn ko, paham ko, bleh hang out sesama..senang cerita yang sama alam la dgn ko..aku tak bleh..aku dr alam lain..ko alam lain..dhla aku je yg bleh nmpk ko..kang kalau kita borak2, gelak2 sesama tak ke org anggap aku gila? ko tak kesian ke nnti kat aku kalau aku kna tahan dlm wad gila?

so, miss wateveryournameis...jgn sedih2 no...jgn risau..ko mesti jumpa kwn punya...akhir kata dr aku..jgn nakal2, jangan buat jahat, jangan usik orang, jaga kebersihan, sentiasa bersabar dan paling penting...jangan buat2 suara mengilai dan menangis tengah2 malam..seram dow!


p/s: cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa walau dari alam mana sekalipun.sekian.
JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI

LIMA

5 perkara yg aku fikirkan sekarang :

SATU --> bila aku nak rajin untuk buat assignment?
DUA --> bila aku nak ada kesedaran bahawa peperiksaan semakin dekat?
TIGA --> Malam ni aku nak makan apa?
EMPAT --> Macamana nak cari duit lebih?
LIMA --> Bila aku boleh karaoke?


5 perkara yang aku inginkan sekarang:

SATU --> balik kampung
DUA --> bawa kucing tidur sekali
TIGA --> beli kasut/sandal
EMPAT --> lepak dpn pantai / bukit
LIMA --> mandi kat sungai/air terjun


5 perkara yang senang buat aku marah sekarang

SATU --> lapar
DUA --> budak2 dlm blok yg bingit
TIGA --> toilet kotor
EMPAT --> org arah buat kerja last minute
LIMA --> org yg buat aku rasa yg aku ni useless


5 perkara yang aku still xpecaya aku bleh buat:

SATU --> masuk cheerleading
DUA --> berjaya menjadi gedik *proud of it*
TIGA --> berjaya menahan marah sepanjang perjalanan dr Alor Star ke Sintok
EMPAT --> mengeluarkan kata2 kesat dpn org yg aku hormat
LIMA --> makan dgn banyak *ok,ni tipu*


p/s : maka dengan ini saya dengan bangganya memberi homework kpd

Arziha
Shasha
Meah
Tqa
Yuyun
Nana
Wenk
Ziera
Mastura

sila buat spt di atas..hahaha...sesuka ati aku je kan nak bg org keje..

Monday, October 18, 2010

friendship+family



ini kawan2 secohort sy yang sudah bersama sejak july 2006 lagi...


16 okt lalu, kitorg celebrate raya *wpun dh tak syawal dh*

sangat happening!

ada nyanyi2, ada yg petik gitar, ada tiup seruling *bukan serunding*, ada bersajak...macam2 ada!


makan sodap!
ada sate...ada nasi goreng cina yg sotong byk gila2...ada steamboat yg bleh mkn sampai perut kata "STOP!"

pastu ada banyak kamera dr yg sekecik2 kamera henpon sampai sebesar2 DSLR...

sepanjang event ni..sy nangis 3 kali juga...owh...sentimentalnya saya!
1. Masa MAstura nyanyi lagu Ayat2 Cinta
2. MAsa Oper, Paan n Adi bersajak..
3. Ya Lam Lam nyanyi lagu sahabat...

ye...sy cengeng malam itu..abeh mekap luntur

Last...tribute to Haslinda ats event ini.

I LOVE COHORT 5 FOREVER and EVER..

.
ini saya sebelum makin tembam sbb byk makan

adik-abg part 1


cuti mei lepas...
kakak aku yg bernama Zainah Wattie atau nama manjanya Yayang tlh membeli 3 in 1 printer
lalu aku mencari2 album gambar lama..
jumpa beberapa keping gambar...
dolu2...
antara aku dan dia...

nak tgk..tgk..kalo nyampah..sila beralih k blog org lain



first pic aku n dia...hasil kenakalan kak ain,afzan n eyna..ms tu malu2 lagi..duk dlm keta senyap je...chet!



hasil pujukan dan perbincangan mendalam maka kami bersetuju utk disnap oleh mereka..




2 tahun kemudian...geli tak tgk gmbr ni???


act,ada lg gmbr lain yg agak lama..ms masih memegang title abg-adik..tp shasha kidnap hard disk aku so xleh la nk upload..nnti aku nk upload juga...suka tak suka korg kna terima.INI BLOG AKU!

do i need makeover???

baik..

saya mengaku saya agak skema orgnya..
saya mengaku saya tidak pandai bergaya..
saya mengaku saya tidak bijak dalam memilih pakaian saya..
saya mengaku saya tidak berani mencuba dalam bergaya..

tapi saya yakin bahawa:

saya cantik,cun,menawan *konfem korg mutah hijau bc kan?*
saya agak cerewet bila beli baju
saya suka nk melawa
saya mahu sentiasa smart...

ok..cukup dgn saya..geli dowh!

td aku tgk rumate aku n miss sha sibuk mencuba pelbagai ikatan/lilitan shawl sampai mata aku naik juling lantas tdo.
semalam,aku tgk ramai bebudak ni begaya sakan kalah model2 ternama atau model tak ternama tp perasan dia ternama..
dalam hati aku...aku pun teringin nk melawa..tp...krn ketidakcantikkan aku..ketidakbijakkan aku dlm bergaya...maka..i said,Forget it!

sesungguhnya aku sendiri punya bbrapa prinsip dlm berpakaian:
[ ] tudung seboleh mungkin labuh sikit di depan dan belakang
[ ] baju kurang berbunga2..bunga kecik dimaafkan..bunga besar..no way!
[ ] prefer warna plain,hitam,nude.
[ ] nampak kemas
[ ] less accessories..cukup dgn 1 cincin dan rantai leher yg mak bagi..
[ ] xnk yg mahal2...stp kasut,baju,sluar serta tudung perlu la dlm lingkungan rm20-30 shj..lg murah, lg baik.
[ ] sempoi,mudah bergerak.

rase mcm byk lagi..tp xtepikir pulak..
so, do i need some changes here???aku takla slekeh slebet sgt kan???kan???

Saturday, October 16, 2010

ni yg panas ni...

eh ngko!
aku xpaham la
apa masalah ko n aku ni sebenarnya?
apa yg ko tak puas ati ni?

ko tau tak yang ko tu jantan?
cuba kurangkan sikit perangai sikit2 merajuk tu!
lemas,rimas naik menyampah pun ada tau tak!
aku yg pompuan ni pun jarang nk majuk..
layan je ngko tu..

aku tak paham
apesal semua benda yg aku buat serba tak kena kat ngko
even seremeh alam pun ko nk bekira
walawei!
hot la camni..
ikut hati kang...sumpah seranah tak hengat dunia baru tau!

tolongla...
cuba bediri di tempat aku ni
jenuh ke tak ngko tu
aku pun ada perasaan juga
sedey la camni...semua salah..semua jd isu
asik nk jaga hati ngko
hati aku?penah ke aku majuk ngko pujuk?
meh aku bgtau...TAK!

apa mahu mu?

pikir la ek...

sekarang kengkawan aku sibuk dengan hal kawin...kawin sana..kawin sini..kawin situ..tahun ni je,2 org dh selamat tukar cik jadi puan...

dlm byk2 yg dok sibuk nk kawin tu...aku ni tengah2..mmg ada la rasa nk kawin kan..tipula kalau takde...tapi,ada jg benda yg aku letak jadkan alasan utk tidak ke arah itu:

1.SAYA BERGELAR PELAJAR

aku penah bincangkan hal pelajar@isteri dalam entri dolu2...skrg ni aku nk ckp yg sbg pelajar,aku taknak kawin lagi.bg aku biarla aku enjoy hidup aku sbg pelajar sepenuhnya..bebas bergerak dgn kawan2,beraktiviti,rasa excited balik rumah sendirik bukan rumah laki bila cuti sem..well,aku rs blajar dlm status yg masih bujang tu lagi senang..jap lagi ko tak pyh nk kecoh2 bila laki ko dtg nk jumpa..date ko ngn kawan pun kna cancel sbb yela..laki kan?pastu ko tak la rasa tersekat sgt kalau nk hang out dgn kawan2 lelaki k dan takde org yg layan ko lain dr yg lain sbb ko dh kawin.OH NO!sy masih mahu enjoy sbg pelajar..

2.NAK BANTU MAK BAPAK DULU

bukanlah bermakna bila dh jadi bini org, kita tak bleh bantu mak bapak..tak...juz aku dok pikiaq lagu ni..kalau dh ada laki, ko mesti nk hidup dgn laki ko je..duk rumah asing2..aku taknak..kalau bleh, biar aku puas jaga mak bapak aku.duk serumah dgn dorg,makan sama2 tetiap ari yg kita ada cuti,sakit pening dorg kita jaga, bercuti bersama...kalau ada laki,kita kna bahagi2 plak dgn mak bapak mertua kan...kalau cuti mesti tak sentiasa balik rumah mak bapak kita kan...bg aku, aku tak sedia lg untuk itu.aku masih tak puas nk bermanja dgn mak.masih tak puas nk bermanja dgn bapak.bagi aku masa dulu ok!

3.CITA-CITA

aku nk kejar impian..aku nk ada keta sendiri,nak ada rumah sendiri, nak bercuti bersama rakan2 (tanpa pikir laki&anak2 yg ditinggalkan), aku nk sambung belajar lagi..mcm2 lagilah!mmgla boleh je nk buat semua tu bila dh kawin tp aku rs value dia lain.lain mcmana..aku susah nk terangkan..mybe level satisfaction aku berbeza..aku nk semua tu tnpa ada kekangan hal lain.bg aku, kalau ada laki nnti keta ke rumah ke nk beli kna dpt persetujuan dia juga...nk bercuti dgn kawan2 sat gi kesian plak kat laki tggl kat rumah..rs xsedap pulak kan..biar aku bujang dulu..rasa benda2 tu..mcm akak aku skrg..dia nk beli keta,umah,jalan2...senang je..compare ngn kawan2 dia yg dh kawin..nak beli keta pun kna tggu green lite dr laki..nk bercuti apatah lagi..oh no!

4. FAMILY

family aku bukan mengamalkan konsep kawon muda.lagi tua lagi bagus.Paling muda pun kawin 26tahun.Mak cu aku kawin umur 30 thn. Kakak aku la ni 28 thn xkawin2 lagi.abg aku kawin umur 31 tahun.abg aku yg second dh masuk 30 tak kawin2 lagi..mak bapak aku nak kitorg habis blajar dulu,keja setahun paling kurang..stabil kewangan smua..kawinlah..
aku terkesan dgn ucapan pakcik aku yg aku pggil 'ngian ali'..dia kata:
"behapa kan kawin muda2?ko keraja dulu..kumpul usin byk2..bali kreta,bali rumah,enjoy hidup bujang,blajar tinggi2,balas balik mama sama bapa,sanangkan bisidia..kawin awal pun zaman skrg ni mun nda stabil..pyh..bg ngian la,org kan ngawinkan anak2 awal2 ani..kan lepas beban saja bah.."

telan liur aku..aku tgk bapa aku..aku tgk mak aku...22 thn besarkan aku,bagi makan pakai lengkap..sekolahkan aku tinggi2..bukan sikit yg habis.nak2 aku yg byk penyakit ni...aku pikir2..lama gila kot dorg tak penah bercuti bersama,berdua..byk pengorbanan dorg kat aku..so, kalau aku kawin awal...mampukah aku balas jasa dorg?aku xkan mmpu berkhidmat sangat pd dorg sebab dorg akn berkongsi aku dgn laki aku...

actually...bukanlah aku taknak kawin langsung..aku consider juga halal-haram..usia..tempoh kenal..aku nak kawin..ye!tipu kalau aku kata aku taknak kawin...tp bukan dlm tempoh yg terdekat..bila?hm...aku letak lg 4 tahun paling kurang.

p/s: buat kengkawan yg nk kawin...sila pikir masak2
p/s/s: my dear aizat rushdi che jaafar..tima kaseh sbb faham sy..tau keinginan sy..saya bersyukur sbb anda juga berfikiran yg sama.mari stabilkan diri kita dulu..InsyaAllah...ada jodoh kita..

Wednesday, October 13, 2010

nak share budaya



GUNDAH-GULANA (Fauziah Gambus)

(gurindam lagu kanak-kanak)


Yale,yale,yale, ling…. (2x)

Yale,yale,yale, li lam…

Yale,yale,yale, li mim hei…


Ha…ha…ha…ha…ha…ha…. (2x)


Gundah-gulana ulah! Inda teranah (2x)

Rindu dendam terbayang-bayang

Rindu dendam terkenang di sana


Ha…ha…ha…ha…ha…ha…hei… (2x)


Terasa ngilu mendalu sesak di kalbu (2x)

Timbul kasih menganyam sayang (2x)

Cinta mendatang nikam menyulam dalam (2x)


Terbaring garing terguling-guling (2x)

Terdengar tiupan bunyi seruling (2x)

Mendayu nyaring di malam yang hening (2x)



saya org brunei

awu..banar..kadiaku ani orang brunei..jan silap..bukan urang brunei darussalam..tapi bangsa brunei..baliauku dua2 mimangnya urang brunei tp kami ani jarang bekurapak brunei di rumah..anu biasa2 jak bah..mun urang tetua bekurapak anu payah2 atu..indatah mengarati kadiaku ani..payah tah ngunjar dangan anu pandai..inda pun tabal mua betanya..

urang selalu inda picaya yang kadiaku ani urang brunei..nya mua ndada brunei..aku pun alum jua pasti mua brunei ani miyana kian?apa jua gaya...baliau laki ku atu andang muanya macam banggali..anu bini pulang akan2 cina..jadi lain tah jua muaku ani..sudah tah mua lain..tinggi lagi paka..dui..ndada tah urang kan mengakun aku ani dang sanak kali ah..

jaji, bila sudah batah di malaya..jarang tah bah aku ani dapat bekurapak brunei..mun ada pun dangan sekampung...org kadazan..mana iya mangarti..ada la jua babuku sama2 di sini..tp atutah bah..jarang jua kejumpaan..mun bejumpa pun..inda jua kami ni telampau bebrunei atu...iya pun inda jua berapa pandai..main antam2 saja tah jadinya...

mun biskita membaca blog ku ani..jan kita takajut bila byk perkataan anu dlm entriku ani..bukan ku becakap kutur tu..mimang ada..maksudnya 'yang' bah tu...

bah...gagau suda ku kan makan...berinut dulu...bye!

hargai sementara berpeluang

Buat anda di luar sana...hasil blogwalking maka terbaca kisah ini...KUDOS to GKSB


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.


Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…


Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.


Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.


Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.


Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.


Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.


“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.


Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.


Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.


Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.


Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.


Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.


“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.


“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.


Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!


Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.


Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.


Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.


Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.


Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Monday, October 11, 2010

long time ago...



Seriously!

aku rindu gila nak bersilat...

bila tgk gambar dulu2...makin rasa geram

aku tak penah minat gila satu benda selain silat dan kadet polis...

mmg sepenuh raga ar...

sanggup tidur kt skolah kot semata2 krn silat

gaduh ngn bapa terchenta juga krn silat

Rindu sangat..sangat...sangat...



ikut hati mcm nak sambung je...

tp..memandangkan keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan...

simpan je la keinginan tu...



team silat putera smkm II 2004..



kali terakhir bersilat..2006 smpena sambutan merdeka ipg..
(gambar kurang kualiti..kamera hp dulu2)



xleh bersilat..masuk menari..tp jd lelaki hak3



Sunday, October 10, 2010

i miss him

nope...

bukan boipren...

mungkin ada yang ingat aku ni pentingkan boipren sampai sanggup nak jumpa tetiap minggu walaupun berjauhan

tapi...sesungguhnya lelaki ini lebih kurindui...


my dad...

cuma aku tak pernah nak tunjuk

mungkin sbb aku xpenah diajar untuk tunjuk perasaan aku terhadap beliau

aku kan one of his son jugak...

dad..miss u soooo much!


hari terakhir berkhidmat sbg guru


hardworking..dedicated

love u!

P/s : kerinduan mula terpamer di sini

Saturday, October 9, 2010

MULUT HAMPEH

Eh ko!

ko bleh tak sesekali guna kepala hotak ko tu b4 cakap

ko ikut sedap mulut je kan nk kata apa pun?

Ikut suka ati aku la nk buat apa

Aku nk pegi seminggu sekali ke

Hari2 ke

Ada aku guna duit ko?

Ada aku guna tenaga ko?

Haram tak!

Yg ko nk kecoh pehal?

Aku tau la keadaan aku n dia camne

Ko…kalau xpenah rasa

Ko tak pyh nak bajet ko tu bagus gila

Eleh..kalau stakat pnah hidup jauh

Tp dok suka dgn org lain..

Diam2 sudah…

Piirah!mangkuk!

Stakat ni..apa2 jd dgn aku n dia…

Sekelumit pun tak membabitkan ko

So..apa kes ko nk komen?

Shut your fucking mouth up la,dude!

Ke..ko dh tak sayang mulut ko sampai sangap sangat nk bagi aku tenyeh dengan cili? Nak bg ak pecahkan dengan penumbuk aku yg memang lama gila tak makan ni?

Blah la woi!

Thursday, October 7, 2010

OST

korang penah tak bila dgr lagu..tak semena-mena airmata mengalir??

bebaru ni aku tgk LBS (lagenda budak setan...ko ingt ukuran berat?)

sbg seorg yg penah bc citer ni...bg aku filem ni xbest sgt..tp lagu tu yg buat aku feeling gila babeng

aku bg lirik dia ek..mp3 korg cari sendiri

BILA CINTA- gio

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


selain dr lirik..melodi lagu ni sgt menusuk ke hati..aku bukan minah cengeng tau..lagu ni mmg best!dengar tau!!!


p/s:berangan dpt laki mcm kasyah

Wednesday, October 6, 2010

contest senyum pula

banyak juga org buat contest ni ek..yg ni sesaja nk cuba...



Syarat-syarat Pertandingan


Mestilah
menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar

Mesti buat N3 pasal contest ni.

Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.

Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.

Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.

Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.

Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.

nak tahu lebih lanjut? klik sini GKSB


senyum menawan adalah senyuman yg mampu menenangkan hati mereka yg melihatnya...

act, senyuman aku xla menawan..sj je nk try hikhikhik...mari kita cari gambar2 yg sesuai....

....


....


...

....

....

....

....

hm..guna yg ni jela...



hikhikhik ^_^

saya nk tag...

meah
yuyun
madi
tiqah
muiz (kalau lelaki bleh join)

sebab saya rasa senyuman dorg sweetttt sgt...

p/s: buat yaya n sha..korg dh kna tag awal lg kan...so aku xyah tag la..korg pun senyum manis juga!