Monday, May 23, 2011

tata titi tutu

eh...sedar tak sedar dah dua tahun rupanya aku kat bumi sintok ni..macam tak caye je..rase macam baru semalam dok sedih2 nak tinggalkan maktab @ penang tu..la ni rupanya dh nk pindah balik ke sana...

apa jadi selama dua tahun ni?
hm...mcm sampai tak tau nk cerita apa...dapat kawan baru...rumate baru...skill baru..pengalaman baru..macam2 la yang baru...well, mcm biasa..pastila aku akan list down what i'll miss in uum..

1. kelas a.k.a kuliah
nak rasa pelajar ipt yang sebenar2nya?yes..uum mmg bleh bagi anda rasa. dewan kuliah besar, kelas yang flexible jadualnya, hm...apa lagi?ntah..rasa mcm tu je kelainannya kot. kat sini yang tak bestnya, interaksi student-lecturer kurang.nak ber soal jawab pun payah..tak memasal bagi effect kat aku.dah tak reti dah nk bersoal jawab. nk present pun ase macam makin xreti...hahaha..mampus la balik maktab nnti...

2. baju ke kelas/kuliah
Boleh pakai seluar!!!!! walaupun masih lagi dlm etika formal..tp mmg best bila xpayah nak pakai baju kurung. jimat baju nak basuh..seluar kan boleh pakai rotate..hahaha...ketara gila pemalasnya aku nk basuh baju...cakap pasal basuh baju...kita ke no-3!

3. Washing machine
masa mula2 masuk uum je aku cuci tangan. tu pun sebulan je.pastu...hambik kau! tak pernah tak guna machine..tolak baju2 turun kaler n telekung la...yang lain main sumbat je..berbekalkan syiling2 rm2...semua baju2 kotor dijamin bersih dan wangi..tangan pun lembut je sebab dah tak kena detergen yang super kuat sampai kulit kasar dan mengelupas...balik maktab ada juga machine tapi up singgit jadi 3 hengget!kumpul syiling la gamaknya...dahla hari2 pakai baju kurung...menambah bilangan baju nk basuh tu...

4. naik bas UNIC
kat maktab kena exercise pepagi sebab kena naik bukit pegi kelas..pukul 8 ok kelas kat sana!maknanya...perlu bersiap 10min b4 jam lapan dan panjat bukit...kat sini?mmgla bersiap lagi awal sbb by 7.40 dh kna turun...tapi best dow beratur amik bas..masa 1st sem kat sini lagi best...naik bas kna swipe kad matrik..rasa hebat dan techno gila. LOL!

5. masakan thai
gerai fav...tonmah..kg.darat...kecur liur bila ingat..kat sini aku blajar makan masakan pedas..kensom ikan yg marvelous!!!makan sampai kuar air hidung dan tgh2 mlm kejut rumate teman g berak sbb perut xtahan pedas..balik penang kna tukar selera lak...nasi kandar mamak!!!

6.harga makanan
siapa setuju duduk uum bleh tembamkan dan montelkan badan???bebudak cohort 5 jangan nk ngelat!korang sejak2 duk uum ni badan mcm kena pam2..termasukla aku juga..mana taknya...makanan murah kot..nasi+ulam+ikan keli bakar baru rm3...pergh....mmg murah sokmo!

7. Go-Kart!!!
UUM ada go-kart wei...go-kart! wpun bleh bilang brapa kali je aku main..at least ada weiyh! bosan2 bleh turun g litar..rm5 dh 5 lap...ok la tu..bosan2 ada sauna...facilities uum mmg best.sesuai utk buat hotel hahaha

8. Changlun
memula sampai changlun ms balik dr langkawi dulu. Masa tu mmg kutuk gila c-mart..yela..nk compare ngan tesco?queensbay?perangin?beragak la juga..tapi sekarang c-mart dh hebat..dh ada karaoke tv touch screen...ada bowling kalau main waktu malam lane guna glow in the dark..tesco ada?hahahah....pastu bleh balik atas jam 11 mlm lpas sakit tekak suara garau karaoke..maktab tak bleh...

9. UUMZONE
internet mmg hebat (kekadang)...wpun takla laju mana..tapi mmg berbaloi la...kalau nk laju bleh pegi computer lab...dijamin laju..lab dh la byk..pastu ada tpt photostat and print kat mana2...tak pyh nk beratur panjang atau pun kna sekatan nk print assignment waima panjat pagar g recsam nk photostat nota...tp still rindu ngn sandwich 2 stop recsam hehehe

10. bersih,segar,nyaman
yang ni mmg kontra gila dgn penang...maklumla..penang tu bandar...pesat membangun..kilang byk..kat sini?hutan...byk binatang..cicak poke/toke pun melambak..tp udara segar..pepagi ada kabus bukan jerebu..malam2 leh dgr bunyi cengkerik bukan bunyi keta belumba..tenang sangat kalau kat sini...

see...actually..i love my uum..but yes...my maktab pun best juga...nntilah bila aku dh hbis blajar aku buat esei compare and contrast btween maktab n uum...tggu lagi setahun la ek!

Saturday, May 7, 2011

cik hazadiana

akhirnya terkantoi juga adik aku and blognya...best juga pompuan ni menulis.at least tak da la skema macam kakak dia ni,ye tak?

tgh2 gelak2 tu..tetiba air mata aku berlinang...Oh..i miss them so much!oh adikku cayang..if u know how deep my love 4 u tho aku slalu marah2 ko..kutuk2 ko sampai ko kata aku ni kakak yg garang.Abis seantero dunia..cececeh..takla...kengkawan ko chop aku garang..mana ada...aku tak garang..aku suka nasihat ja...for ur own good what....

memandangkan nnti aku cuti lama..apa kata kita hang out together2.and of coz, celebrating our birthday together mcm masa kecik2 dulu. besday kita kan best...aku 17/7..ko lak 18/7...tapi xda la sampai ada kek mickey and minnie mcm mama beli dulu.ko pun 4 sure tekak mau mahal2...sorg 1 slice kek secret bleh la...lain2, minta yayang belanja hahaha...

pesanan, blajar elok2.rajin2 buat kerja rumah tlg mama sama bapa sama si ayg.besar suda ko tu..2 dekad suda umur..jgn malas2.aku xda la kaya mana mau bg ko hadiah macam2, tp insyaAllah ada rezeki ada la bahagianmu.ok!


my sis n our niece


cantik kan dia...

ni blog dia kalau rajin...Cikdiana


Friday, March 11, 2011

Rahsia Rumah Tangga Bahagia

ok.saya belum kawin.saya masih single mingle but unavailable.saya baca artikel ni di Berita Harian hari ini.Maka saya rasa ia amat berbaloi untuk dishare.Malah sy juga berpendapat ia juga sesuai utk mereka yg berpacaran.

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti melakukan kerja rumah bersama, makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.* kalau blum kawin xleh mandi sama2 ok.

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. *utk pasangan suami isteri yg sah sahaja.

  • Jaga mulut dan badan supaya tidak berbau bagi memastikan suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • Tukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

  • Jika ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.

  • Suami perlu sentiasa kenang jasa dan susah payah isteri mengandung serta melahirkan anak.

  • Suami atau isteri jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • Jika ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas; isteri bulan - cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya, sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

    Sumber: http://www.fadzilahkamsah.com/

  • p/s: hok bold + larger font tu sesuai utk couple..hok lain bleh dipertimbangkan ttp perlu diubahsuai dgn status anda.ok!

    Tuesday, March 8, 2011

    HEI LELAKI!

    ini ada beberapa perkara yg anda perlu jauhi sebagai lelaki @ boifren org...

    1. Jangan lempiaskan kemarahan anda terhadap perkara lain kepada awek anda.
    Contoh : terperangkap traffic jam tp awek anda pula yg kena..
    (LOL!awek anda ke penyebab traffic jam?)

    2. Jangan jalan menonong kalau keluar bersama
    Contoh : jarak anda dan awek anda boleh letak sebiji Perodua Alza.
    (kalau setakat dua tiga kaki xpe.sila elakkan habit ni walaupun dh kawin beranak pinak.Tetiba awek/bini korg kna accident ke...jatuh pengsan ke..kna culik k..mcmana?)

    3. Buat tak kisah bila dia sakit.
    Contoh : awek anda migrain tahap nak pitam tp anda bleh selamba suruh dia pi beli ubat sendiri dan anda mempraktikkan perkara 2.
    (ini mmg xbertimbang rasa.lagi2 bila awek anda tu jatuh cinta kat anda sbb anda prihatin thdp sakit peningnya ms mula2 dulu.Kawin nnti xtaula mcmana agknya)

    4. Layan iPhone/blackberry/internet masa kuar dating.
    Contoh : mkn berdua anda sibuk update fesbuk
    (pagi petang siang malam dgn gadget..elok bercintan dengan gadget je..)

    5. Buat janji tapi tak tepati.Especially bab makan
    Contoh : pagi2 bangun ckp ngn awek nak ajak makan Mc D..bila dh tengahari hntr SMS cancel gi makan Mc D.makan kat kedai mamak je.
    (bukan soal kisah tak kisah makan kat memana..tp dh janji kan.pompuan cepat rasa mengidam..kempunan dibuatnya..boleh Emo sampai rs nk makan org tau!)


    ini adalah hasil dr pemerhatian dan pengalaman...mungkin ada byk lagi..sila2 la share ye..buat lelaki di luar sana..benda2 di atas mungkin remeh bg anda...tp inilah pencetus pergaduhan anda dan teman anda juga...so,take note!

    p/s:siapa makan asam, dia rasa masam.

    kekadang buat bukan satu masalah

    aku ni bukan jenis yg kuat berjalan pun
    aku juga bukan jenis yg kuat shopping
    aku juga bukan branded conscious person
    apatah lagi memilih tempat high class utk mengisi masa lapang

    pilihan aku adalah tempat2 yg hijau,
    damai, dengan alam semulajadi
    tidak pernah kisah walau makan di gerai2 tepi jalan
    pakaian yg tersarung di badan bukan juga dr jenama ternama
    cukup sekadar selesa dan sesuai dipandang mata
    tidak pernah peduli brand yg kekadang susah nk sebut

    cuma sesekali
    tekak ingin merasa makanan dr restoran mewah
    ataupun namanya sudah dikenali serata dunia
    ingin juga mencuci mata melihat barangan berjenama
    menghirup udara penghawa dingin di mall 'high class'
    bukan selalu...cuma sesekali
    adakah itu menunjukkan aku HIPOKRIT?

    Thursday, February 3, 2011

    jalan-jalan jumpa gajah

    korang penah tak pegi memana tanpa rancangan?

    Isnin tu aku buat kerja gila..balik dr kelas jam 11 aku lepak makan kat muamalat..sekali la dgn geng2 lain..aku pun meluahkan perasaan yg aku nk kuar jalan2...katne pun takpe janji kuar..setelah chit-chat2..akhirnya sum1 kata "pegi danok".

    aku pun dengan mata bercahaya macam shin chan nmpk pompuan cantik kata OK!

    maka, bersama A (nama dirahsiakan utk tujuan keselamatan) aku pun pegila buat kerja gila ni...kronologinya ialah seperti berikut:

    1pm- tggu keta sapu
    2pm- tiba di bukit kayu hitam.naik moto (takut dow) cop paspot di imigresen Malaysia dan Thailand. Thailand charge rm3, Malaysia tak..

    2.15pm-masuk thailand..ronda2 pastu nmpk ATM cimb thai..A hendak cucuk duit tp dua2 xtau currency baht berapa..maka mengintai2 harga KFC...ok rm100 = lebih kurang 10 baht. xjd cucuk duit sbb charge 150baht so tukar rm50 ke baht.

    2.30pm-belegar2 merayau2 di segenap lorong2 danok..dr lorong muslim hgga ke lorong hm...paham2 jela..hnya merayau..xsinggah mana.
    3.00pm-rasa lapar maka singah di sebuah restoran muslim.order tom yam, cendawan, telur dadar, udang goreng tepung, teh o ais, orange juice..semua skali 24obaht shj..makan 2 org tp mcm makan kenduri.
    3.30pm- bertemu dgn rakan2 lain maka memulakan perjalanan.sebelum tu singgah toilet hotel..share ok lelaki pompuan...OMG! cari kedai jual toilettries murah2, baju2 murah hingga ke brgn masakan spt beras siam, pes tomyam dan air asam...geram tgk beras yg putih bersih tp mahal siot!

    6.30pm- bergerak balik dengan tangan penuh plastik alatan mandian shj hehehe...

    7 pm- tiba di uum lalu bergegas utk siap2 ke kelas..

    p/s: berjalan2 tanpa planning itu sungguh mencabar!
    p/s/s:tiada gambar krn tak bw kamera serta terlalu asyik sampai lupa snap sekeping dua

    i have a dream

    lecturer pengantar psikologi aku telah memberi satu impak yg sangat berkesan dlm diri masa kelas yg lalu...dia kata:

    "first degree is just a degree..sy percaya ramai diantara anda tidak memilih utk belajar apa yg anda pelajari sekarang..tak apa kalau anda tak dapat pointer 1st class..as long as u are able to continue to ur master, then u can choose what u want..ur passion..."

    ye, setakat 5 sem ini...pointer aku tidak sehebat mana..cukup2 makan je..kekadang aku rs kecik dikalangan mereka yg pointer bombastik fantastik..aku tak suka nk bg alasan bidang ini bukan minat aku walaupun hakikatnya aku tak pernah mengimpikan utk belajar dlm bidang BI...tak penah walau sekali pun aku minat BI sejak jd budak sekolah..tapi sehingga 5 sem yg lepas..aku terumbang ambing tak tau mana nak tuju.tak tau minat aku...

    impian ku mmg nk sambung belajar..tapi bukan bidang yg aku ceburi sekarang..mungkin bidang lain..cuma aku masih belum pasti...yg aku inginkan ialah sesuatu yg betul2 aku minati...psikologi..mungkin?

    Wednesday, February 2, 2011

    hello..hello...

    henpon saya sekarang ialah sony ericsson k770i...rupa hp saya mcm ni...


    dibeli pada tahun 2008 sempena hari lahir yg ke 20...kumpul duit 3 tahun nk beli hp yg ada kamera dan bleh buat video call..

    sekarang hp ni ok lagi kecuali skrin yg semakin byk LED yg rosak dan selalu hang..tp masih bleh pakai..

    sebelum ni tidak ada rasa nk tukar hp sbb aim nk beli bila dh kerja..kira nk hp ni...

    ni Nokia N97...tgk setahun lalu dan terpikat...harga nk 2k juga masa tu...sb dia mahal maka menyimpan hasrat utk hnya menukar hp setelah bekerja..

    malangnya..hasrat diganggu gugat dengan kehadiran hp ini bersama harga yg bleh meleleh air liur dan gatal tgn capai pen buat bajet sem ni byk kali


    Sony Ericsson Xperia X10...course mate kata harga kini ialah rm600...rm600 ya kawan2...sony ericsson k770i itu dibeli pada harga rm770 okeh...fully touchscreen dan beberapa ciri yg menawan hati. xtido lena sbb asik terbayang2 nk pakai hp baru..

    susah bila nafsu membuak2 ni...kena tahan diri juga sbb nk beli netbook ini..



    p/s: aih...ada duit susah..takda duit pun susah

    Changlun punye kisah

    cuti sudah bermula tp aku tak rasa apa pun...yela..aku masih ada di kampus.nak balik, tiket mahal...so lepak je la kat sini siapkan assignment yg berlambak tu...

    before start cuti, ku telah menghappening dan mengenjokan diri bersama rakan2 dengan makan besar cekik darah dan karaoke sampai hilang suara. Port? Changlun..

    memula..makan kat kopitiam changlun...pergh!byk gila resipi baru yg sedap menjilat garpu..melelh air liur bila ingat balik..makan berlima tp order mcm spluh org makan...tp kitorg xmembazir ek...semua licin sapu bersih..

    pastu..kitorg pun bersiar2 di C-mart...inila mall yg dekat di hati sejak2 kat uum ni..wpun tak sebesar tesco jelutong seblah maktab yg bleh sampai jalankaki 5minit...tp c-mart ni byk tabur budi bila lapar dan habis sabun baju serta stok makanan...naik atas tgk2 hp..ada brader cina lelong hp buy 1 free 1..aku tutup mata sbb taknak trigger nafsu sendiri..kes hp baru ni akan diperihalkan kemudian..

    penat2 berjalan..aku turun pegi MyFC jap...MyFC ni KFC edisi malaysia la..beli 3 ketul buat santapan rumate berdua yg tak balik lagi..tetiba hp berbunyi lagu Dont Don...

    me :"yappusayo.."
    rakan 1: yayan...dh ke?nnti naik atas ek..kita karok...
    me: bukan tutup ke?
    rakan 1: tak..buka sampai jam 12..
    me: orait..

    aku pun layan je..mata ngantuk sambil geram tggu ayam yg lambat masak..dh siap aku berambus masuk c-mart balik..mereka yg berempat ni pun mengajak utk melalak..naik tingkat atas,rakan 1 cakap.."jgn terkejut...c-mart dh hebat!"

    aku pun berdebar2...bila masuk di ruangan kanan..FULLAMAK!!!ni C-Mart ke???

    C-MART DAH ADA BOWLING DOW!bowling wa cakap lu!!!!

    kitorg g kaunter karaoke..murah je..VIP room 1 jam rm23..biase2 1jam rm20...kitorg pun amik yg rm20 tuh...bilik mmg hebat.sungguh selesa dan tidak gelap hingga bleh menimbulkan syak wasangka..yg bestnya...touch screen dow...maka kitorg pun melalak selama 1 + 1/2 jam...keluar je changlun dh sunyi sepi...masing2 balik dgn suara yg serak2 basah sexy gitu...

    p/s: dh dpt fav song utk karaoke pasni

    Friday, January 28, 2011

    DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011

    Korang...pernah ada diari tak???

    aku jenis org yg perlu diari...
    diari tu la pemudah hidup aku..

    aku bukan jenis bz punya org..but quite organize person
    everything must be planned perfectly
    mmgla kekadang tak menjadi plan kita tu
    tapi yg penting kita ada hala tuju

    diari uga berfungsi sbg pendokong hidup aku
    yela..bila tgh mrh2 ke...down ke..
    tak nak rabak pula la en.diari tu
    tapi..puas hati..

    so..kpd anda-anda di luar sana..
    mungkin bleh guna pakai Diary Motivation 2011 ni
    mana tau encik diari ni bleh jadi pendengar bisu anda
    juga sekretari peribadi yg baik tanpa pakai seksi2 anda

    nak tak???
    kalau nak...bawa mai cursor anda n klik sini



    atau klik je kat pic ni...

    jangan lambat!
    tarikh tutup 27 Januari 2011 tau!

    rase2 nak tag : ieraLee & Shasha Chantek juga Onney weet weet

    aku single?

    wop!wop!sabar ya...jangan cepat melatah..

    tajuk di atas perlu dibaca dengan nada confuse,pertanyaan...bukan pernyataan..maknanya di sini..status saya masih sama spt mana sebelum ini iaitu single but unavailable..

    tuan2 dan puan2,

    saya punya sumbody..cuma kami tidak berdekatan. boleh la nak kata hubungan jarak jauh sebab duk berlainan negeri. Kedah dan Pulau Pinang lain negeri kan?so, kira jauh la tu...dan kemungkinan utk menjadi lebih jauh amatlah cerah pada 6 bulan yg mendatang dan seterusnya...

    namun demikian, saya suka mengaku saya ini berstatus in a relationship. what? saham jatuh? oh..semua itu tiada dlm kamus hidup saya. saya pentingkan kejujuran. saya juga tidak selesa jika ada lelaki2 yg mahu mengapproach saya dgn niat lebih dr kawan..tidak!

    jadi, saya cukup tidak gemar jika org berkata saya single. walaupun hanya gurauan, tetapi saya kurang boleh menerimanya. skandal, teman gelap dsb pelu dijauhi. saya percaya, jika anda mempunyai seseorg yg istimewa dan anda mahu meneruskan fasa2 hidup seterusnya dgn insan tersebut, adalah tidak wajar utk anda mencari sesiapa utk menjadi peneman sebagaimana anda meminta si dia di sisi anda. kawan itu perlu...tapi perlu ada batasnya...ingat, si dia mungkin lambat laun akan tahu jua dan sudah pasti ia akan mengecewakannya...

    i want to be as faithful as i could. i found sum1 that i want to be with now and forever..InsyaAllah. honesty is the key of surviving thru our journey together..


    semoga berkekalan hendaknya...

    p/s : kelemahan dan kekurangan...bukan kita yang menilainya..kita juga tidak sempurna..

    Wednesday, January 26, 2011

    teringat benda penting

    Semalam masa kelas, lecturer aku sebut cucu dia ada G6PD...tetiba aku teringat sum1 yg mmg hidap penyakit ni..tau tak apa tu G6PD?ni aku amik dr wikipedia..senang korg nak tau...

    G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

    Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

    Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

    G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

    Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

    Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

    lain2...korg cari la sendiri ek...

    p/s: tq lecturer kerana ingatkan saya...