Wednesday, April 28, 2010

Er...Apa dia?Ala..lupa la pulak!

dah tgh malam.jam ada no 0032..jam kt hp digital..so takde jarum.sejak2 exam..mata dh susah nk lelap awal..kalau tak jam 2,susah nk tdo.encik daud sudah memanggil (by phone ok..) takpe..jap je..ada idea..walaupun perut menyanyi lagu siti nurhaliza..

hm...apa ntah nk taip td..hah..tgk..dh lupa..slalu mcm ni.asik lupa..

yerp..benda ni la sy nk ckp..LUPA.

sejak dua tiga empat menjak ni..dh slalu sgt lupa.xtau la knp..nk kata tukar nasi kepada semut utk mknn ruji...x juga...ada bbrp ketika yg rsnya simptom kelupaan ini semakin menjadi2.

Ketika program bersama plajar ting.6 SMKTAM.
masa ni rasa mcm agak kronik juga.nak kata semua benda lupa.nasibla ada cik atul yg sudi membantu.Daripada sebesar-besar benda iaitu laluan dr dewan k bilik (xla susah sgt..padahal baru je lalu b4 tu) hingga la ke sekecil cincin.
benda2 trifle toksah nk kata..sampai atul pun dh fed-up.letak tpt lain,cari tpt lain.masalahnya, bukan la mengambil masa yg panjg..adalah dlm seminit dua..dah lupa..

Kegiatan seharian
again..lupa nk buat apa,lupa nama org, lupa benda yg dah dibuat..mcm2 la..jgn pelik kalau tgh2 borak dgn kawan2..tetiba sy tnya.."er..nama ko apa ek".Seyes,sy tak memain.sy cuba utk mengingat tp lupa.kosong.empty.nothing.
paling selalu..dah kuar bilik,rasa tinggal brg pastu masuk balik tp duk diam kat pintu.barang apa xtaw!check la semua..rupanya semua dh ok...mesti benda ni slalu jadi gak kt korg kan?

De ja vu
pergh...ni yg paling stress..kengkadang ada benda yg kita rasa penah jadi dan kita laluinya semula.ms tu mmg rs otak2 aktif nk ingat bila situasi tu pernah jadi.bengang jga woo...seram pun ada...

hm...tu jelah kot...rasa mcm byk tp lupa dh nk kata apa..adoi....camne nk hilangkan sindrom lupa ni..xsuka!

Tuesday, April 27, 2010

eh...perasan!

Hari tu, masa aku tgh makan...aku tgk la si dia ni..then, aku analisis la..kira buat pengamatan.Ok..dia ni takla dikategorikan sbg mamat hensem, macho,tough (bdn ketul2)..dia pakai spek..badan keding..kulit antara gelap dgn cerah..hidung mancung..kening tak tebal..n paling best n unik..bila jalan bahu senget muahahaha...ok..cukup...tak nak lebih2..sebenarnya ada benda len yg aku nk ckp..ntah napa tetiba cepat je aku taip mukadimah ttg encik daud@aizat@tulang ini.

kenapa aku mulakan dgn encik daud?sbb ada yg dok kata...pasai apa cheq pilih dia...well...ada bbrp sbb yg mungkin pd pndgn akak2,adik2 manis serta cewek2 d luar sana suka tp sy tak suka.

1.KAKI ROKOK
- ok.ni aku tak sure la gadis2 suka k tak..tp nk ltk sbb ada gak dolu2 ms aku skolah pakai kurung putih kain merah (sy adalah pengawas ok) budak pompuan kata mamat yg merokok itu adalah macho.WHAT?hak ptuih!
No..bg aku dorg bukan macho tp hancho.kenapa?
a) rokok itu sgt busuk utk d hidu.xkisahlah dia dh telan hisap serta kunyah peppermint k..sugus k..halls k utk hilangkan bau ttp bau itu ttp ada.Lagi2 kalau merokok dpn2..rs nk pecah dada ni.
b)pembaziran.ramai lelaki kata pompuan pun mbazir apa bli brg mekap..shopping sini sana..tp encik perokok ini bkn shj membakar duitnya dlm sekelip mata ttp juga membakar peparunya serta bbrp organ dalaman.Pastu cuba kita pikir wahai pompuan2..kalau dh kawin nnti...sggup k nk bau rokok?effect dia ada gak kat kita..pastu pikir plak kt anak2..

So ni la reasons aku tak suka perokok.mereka adalah tidak macho sama sekali.

2.BERDIAM DIRI
- aku tak suka sifat ni tp dpt pula org yg mcm ni..aduh...xfaham la knp nk diam..kalau mrh k..tak puas ati k..apa k...ckp bleh tak?tak nmpk macho pun tau diam2 ni...tak suka!kita as gf mula la nk fikir bukan2,teka mcm2..and tendency kita utk bercakap byk smkin berkali ganda sbb nk cuba bg dia bckp.tgk2..xkena pula.mengamuk la pula...aih...tlgla wahai lelaki..jgn nk perasan tutup mulut tu adalah cara yg berkesan utk settle masalah..NOT AT ALL...cakap je la...nk kisah apa.

3.TAK BLEH KALAH
-atoiyai...ini lg satu..pantang org bidas sikit..mulala nk merajuk/mengamuk.ada tau lelaki mcm ni..tak leh nk terima dia salah org betul lagi2 gf dia..apehal bang?ingt u terer sgt k?suma nk kna dgr kata u k?autoritarian sgguh!sifat sebegini tdk menunjukkan anda hebat wahai lelaki ttp memperlihatkan anda sebegitu lemah skali kerana takut menerima cabaran.Kna ada toleransi sikit...baru bahagia...so,be autoritatif okeh.

4.CENGENG
-haa..jgn tak tau...ada mamat mcm ni..ingt kitorg yg pompuan ni bleh diperdaya dgn rasa simpati k?please...sikt2 nk nanges...ada mslh nk nanges...stress skit nk nanges...gf lari nk nanges..toksah...tunjuk la kelakian tu sikit.tak salah nk nanges..tu kan salah satu luahan emosi..tp dh melebih tu..aii..tulen k tak ni bang...

5.PANAS BARAN
-sikit2 nk marah.sikit2 nk ngamuk.lagi teruk kalau lempang sana,lempang sini..kalau aku dpt pakwe mcm ni..aih...bleh bertemu buku dgn rusa eh..ruas..cukup anti dgn lelaki lembik yg tau nk pukul pompuan,pukul budak kecik.try gaduh dgn sama spesis kuat k tak..sesapa ada bf mcm ni..say bye2 ok.jgn dok mengharap dia nk berubah.sape yg sayang nk tinggal...sila terima kata2 ini "ANDA BONGOK!".kpd lelaki kategori ini..korg tak kuat mana ok..baran byk2 pun xguna.buat cepat mati..cuba istighfar sikit...tau tak macamana???

ok.cukup lima dulu.nnti2 kalau ada idea tambah lagi.tak tau la bila.so kalau ada lagi sifat2 yg anda nk tambah...sile2..yg lelaki..ikut suka la nk komen apa pun.ini dr pndgn aku jer..so suka ati aku la kannn....

Thursday, April 22, 2010

kalau vs kenapa

kengkadang kan...
aku kan...
tak faham...

kalau betul kita sayang org tu...
kalau betul kita cinta org tu...
kalau betul kita xleh hidup tnpa org tu (ok..ini nonsense!)

kenapa kita tak jaga hati dia?
kenapa kita tak bertolak ansur dengan dia?
kenapa kita tak sanggup nk terima diri dia?
kenapa kita lebih mementingkan kepentingan org yg xda apa2 dgn kita daripada da?
kenapa kita tak cuba berterus-terang dengn dia?

aku memang tak faham...kengkadang aku pun begini juga.dan aku caye la ada gak org lain mcm ni...

so...hm...muhasabah diri itu penting!amalkan sebelum tidur.
toleransi jga penting.amalkan selalu bagi menjaga perhbngan yg sihat
komunikasi adalah lebih penting.pasangan bisu pekak pun bleh komunikasi dan kekalkan hubungan mereka ok...
and...if u do love sum1...he/she must be ur priority...

p/s : kekacang yang kita tanam perlukan air,tanah,cahaya,dan baja utk tumbuh.

Anda Wanita???

SISTA OVARI ANCAM WANITA DALAM DIAM

Antara simptonnya haid tidak teratur, bengkak dalam abdomen dan tumbuh bulu roma pada wajah

BAGI wanita yang sihat, setiap bulan ketika berlakunya kitaran menstruasi, telur dikeluarkan dari satu ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi (ovulation). Telur ini melalui tiub fallopian ke rahim.

Secara terperinci, ovari adalah sumber utama hormon estrogen dan progesterone wanita. Hormon ini mempengaruhi proses pertumbuhan payu dara, bentuk badan dan rambut. Ia juga mengawal kitaran menstruasi dan kehamilan.

Tetapi jika anda mula berhadapan dengan haid yang tidak teratur, tertunda atau sakit ketika datang haid atau tanda-tanda seperti bengkak dalam abdomen, berat badan bertambah, kesakitan ketika bersama suami, tumbuhnya banyak bulu roma pada wajah, berjaga-jaga akan kemungkinan anda berhadapan dengan sista ovari.

Sista atau ketumbuhan ovari merupakan kantung cecair dalam ovari. Ia bagaimanapun boleh berada di mana-mana saja dalam tubuh seseorang. Jika ia berada dalam ovari, sista yang terbentuk biasanya bersifat ‘functional cyst’ .

Biasanya sista ovari itu bersifat benigna yang tidak akan berubah menjadi barah. Tetapi sebahagian daripada sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti kebiasaannya.

Jenis sista ovari

1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.

3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.


4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang - ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.

Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simpton oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.

Untuk mengetahui jika sista ini mungkin barah, doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk mengukur kehadiran bahan dalam darah yang dikenali sebagai CA-125.

Tetapi ujian CA-125 ini biasanya untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang lebih terdedah kepada penyakit ini.

Rawatan sista ovari bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz dan jenis sista, usia (sama ada dalam tahun-tahun yang subur atau sudah putus haid), keinginan mendapatkan anak, tahap kesihatan secara total dan tahap serius gejala yang dialami.

Tetapi kaedah rawatan sista ovari ini biasanya menerusi pembedahan (itu pun jika ia tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid dan bertambah besar, mendatangkan kesakitan dan anda sudah diambang pra menopaus) doktor akan membuangnya menerusi prosedur laparoscopy atau laparotomy.

Jika tidak, pesakit akan diberikan perhatian dan diminta kerap membuat pemeriksaan dalam tempoh sebulan ke tiga bulan untuk melihat perkembangan pertumbuhan sista ini. Ini biasanya rawatan pilihan untuk wanita muda yang masih inginkan zuriat dan tidak memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir.

(copy from http://blog.perempuanmelayu.info/2006_05_01_archive.html)
contoh gambar

Nak share ttg Ovarian Cyst ni sebab sy sendiri pernah disahkan ada cyst dkt ovari kiri. Masa form5. Twisted Ovarian Cyst..so,memang kena bedah la...Harap2 info ni bleh jd peringatan kpd pembaca wanita (harap ada yg baca la no) tak pun pembaca lelaki yg concern pada wanita2 kesayangan anda..kalau ada simptom...gi check!Jangan nk bajet malu..minta doktor pompuan check.Hargai diri anda...Sakit woo...

p/s : rindu hospital...

Wednesday, April 21, 2010

Mahu Berkongsi Tips??

OK..tuan-tuan,puan-puan,kakak-kakak,abang-abang,adik-adik sekalian...

Saya ingin berkongsi tips menjawab exam kepada anda semua...

Tak byk...satu ni je...so bleh buang 's' kat belakang tips itu..

PERAH OTAK SAMPAI KERING

Kenapa nama tips ini perah otak sampai kering?
Baik, begini....

Konsep ini diajar oleh ustazah subjek Bahasa Arab (ye, saya pelajar aliran agama yg belajar bahasa arab,bertudung labuh ok) ketika nk dekat2 PMR dulu... Perlu diingat...tips ini hanya berfungsi ketika masa kejadian iaitu apabila anda sudah siap menulis nama/no.ic/no angka giliran/no.pelajar dsb..ia mesti dimulakan apabila pengawas peperiksaan telah mengumumkan "ANDA BOLEH MENJAWAB SEKARANG". jangan buat sebelum tiba detik2 ini.FAHAM?Penting...kalau tak...anda akan dihalau dari dewan exam.jangan memandai nk quote blog ni pula.

1.Tarik nafas panjang...baca doa...bg yang bukan beragama Islam..tenangkan diri anda...

2. Buka kertas soalan dgn lafaz bismillah...sila jgn tegangkan muka.

3. Baca seimbas lalu KESEMUA soalan..

4.Ambik PENSIL anda..tak kisah la pensil tekan2 ke..pensil kayu k...

5.Tulis point2 jawapan utk semua soalan.POINT sahaja...bukan ayat penuh..termasuk dgn esei sekali...JANGAN AMBIK BANYAK MASA.maximum...10 minit...kalau tak ingat,sila tinggalkan..MUNTAHkan semua yg ada di kepala otak anda itu..keluarkan selagi boleh..Tulis kecik2 n halus2 kat soalan tu..

6. Dah jot down semua...ok..sila amik pen...juga xkisah pen kaler apa..mata 0.5 k..0.7 k...Carrera pen k..stabilo k..

7. Tulis jawapan anda yang lengkap di tempat yg sepatutnya anda jawab..jawab setakat mana soalan nak.jgn ngengada nk bg lebih lak..buang masa.

8. Edit jawapan anda mana yg patut.Mana la tau masa tulis jawapan tu ada idea yg lagi baik dr apa yg anda jot down td...tulisan harus kemas.(esei dipertimbangkan)

9. Dah habis jawab....semak semula...perhatikan tatabahasa,ejaan dsb.

10. Dah yakin..otak mmg confirm takdak nk tambah apa2...diri sedia nk tawakal pd result..anda boleh tinggalkan tempat duduk anda.JANGAN LUPA check informasi diri anda,ikat jawapan anda.kang tak pasal2 xda markah langsung.

11.Tinggalkan dewan dgn senyuman dan ketenangan serta sedia utk paper seterusnya.Toksah dok pikiaq paper td dah..yg sudah,sudah.buang masa je nk nyesal atau komplen xleh jawab.ada pengawas tu nk kesian nk bg paper suh jawab balik?Anda juga dilarang check jawapan!seyes...itu akan demotivate anda.

p/s: tips ini sesuai utk subjek2 bahasa..bukan kira2...bleh gak nk guna...bleh conteng2 rumus pd setiap soalan...

ini sekadar perkongsian.saya xla hebat mana pun...pointer pun takla sampai leh dapat dean list tetiap sem...juz rasa berguna utk org2 yg selalu tak cukup masa...

Sekian sahaja utk hari ini...TATA

ini aku...

kali ni aku nk bercerita...bercerita tentang apa yg aku rasa terhadap satu masalah yg bukan aku alami..tetapi dua org teman...teman yg aku hormat,sayang dan hargai sangat2

straight to the point..

aku mmg hanya tahu satu pihak punya perasaan..masalah...tekanan...tetapi bukan dua-dua..Memang dua2 adalah kawan aku...dan aku tak nafikan aku perlukan satu pihak punya penjelasan juga...tp based on apa yg aku dpt dr satu pihak ini...aku rs tak salah aku nk judge..aku nmpk kesedihan..aku nmpk kelukaan...itu yg aku nmpk...yg aku tak nmpk..yg ada dlm diri dia..hati dia...mana aku nk tau...persona ini adalah insan yg tabah menyembunyikan perasaan di sebalik tawa dan sikap sempoinya...jd,ye...aku masih mencuba menyelami..

cuma..apa yg aku kesalkan adalah satu pihak lagi. Aku pernah juga buat silap.kalau nk kata..aku pun pernah juga menyakiti perasaan org yg aku syg sbb aku buta dgn kehadiran org lain.tp..kalau dah sedar perbuatan itu dh silap..kenapa tak berhenti?atau pun...kalau betul apa yg org kata itu betul..kenapa tak beranikan diri pertahan benda yg sebenarnya?bagitau..luahkan..tak hilang macho pun kalau nk clarify benda..elak diri dr semakin difitnah kalau benar itu fitnah.berdiam diri bukan penyelesaian wahai kawan...

seperkara lagi yg aku kesalkan...kenapa perlu bermain dgn perasaan org?kalau ye tak nk..then switch off..tok sah nk buat baik..kesian dkt yg satu tu...dia punyala berharap nk berbaik...bila dh boleh terima bukan itu ketentuannya buat masa ini...kau beri harapan..setiap hari macam org sasau...aku ni...yg dekat dgn dia dr kesian sampai rasa nk marah...sbb nmpk bodoh sgt mengharap pd yg palsu.tetiap malam melalak...mohon petunjuk...dahla exam...mana pendirian?tetapkanlah...bukan utk kesenangan satu pihak je tp berdua...

ok..then tindakan aku yg xterkawal thdp org yg bg aku byk menyebabkan permasalahan ini. Aku berbuat demikian bukan sebab aku tak matang atau apa.dh elok dh aku tegur indirectly.kalau pun tak betul..aku dh ada sumber yg aku rasa bleh percaya.aku dh analisis berdasarkan info2 yg ada.Kalau ye pun salah,macam aku kata tadi..tampil ke hadapan.nyatakan.
knapa nk melatah sangat?tu yg aku musykil....

apa lg aku nk ckp...dh hilang byk dh...ok,aku pun bukan perfect.aku pun pernah buat salah.aku ada bf tp aku dok layan lelaki lain.tp xla sampai kluar berdua..dan mmg aku akui,ms tu mmg aku buta.tp,nasib baik aku tersedar.nasib baik juga si dia menerima aku seadanya.mmg,dah byk aku tipu.duit pun byk juga habis ke bil telefon.tp, bila dh sedar nnti...cuba fikir balik wei...seyes..aku mmg menyesal..napa aku mudah kalah dgn godaan cinta lama.napa aku tak fikir perasaan org yg sayang aku sgt2.sampai sekarang ni aku betul rasa nyesal...cukup la sekali aku buat mcm tu.Jadi aku sgt tidak faham pd org yang dh buat 2,3 kali.

sila renungkan...kalau betul sayang,jgn buat apa yg sedang dibuat skrg.kalau betul anda teraniaya.sila betulkan keadaan.jgn ingt berdiam diri adalah lgkh terbaik.no!it makes thing worst.u wont be the coolest or angel person by doing that.ke..saja nk bg org lain buat dosa banyak?so..tell and make other people know the truth.dan sila bersabar.begitu juga org sekeliling termasuk aku.aku post mende ni sbb td aku mmg dh hilang sabar.

kenapa aku hilang sabar? Sebab aku tak sanggup tgk korg mcm ni.aku dh tgk korg gaduh sampai diam seminggu...aku dh tgk korg derita tahan rindu...aku tau korg sayang satu sama lain..aku juga dh tgk betapa comelnya korg bila berdua...Demi Allah, aku buat ni bukan nk aibkan sesapa.bukan juga nk tunjuk aku bagus.tp..satu kejadian betul2 trigger aku utk luah apa yg aku rasa selama ni.think people think!amik ayat Ms.Letch tu..

I LOVE BOTH OF U becoz u r my frens.And i'm a person who really appreaciate frenship.I do respect u..so..post ini bukan utk memalukan anda. I care bout u..so i put this post here...if xpuas hati..rasa apa aku buat tak betul..please tell me..there's many reason i did this..wake up..hear the morning call...its enuf 4 u guys...find sumthing as ur turning point..

wif luv...
ur fren