Friday, March 11, 2011

Rahsia Rumah Tangga Bahagia

ok.saya belum kawin.saya masih single mingle but unavailable.saya baca artikel ni di Berita Harian hari ini.Maka saya rasa ia amat berbaloi untuk dishare.Malah sy juga berpendapat ia juga sesuai utk mereka yg berpacaran.

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti melakukan kerja rumah bersama, makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.* kalau blum kawin xleh mandi sama2 ok.

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. *utk pasangan suami isteri yg sah sahaja.

  • Jaga mulut dan badan supaya tidak berbau bagi memastikan suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • Tukar gaya penampilan untuk mengelakkan pasangan berasa jemu.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

  • Jika ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis ketika bercinta dan berbulan madu.

  • Suami perlu sentiasa kenang jasa dan susah payah isteri mengandung serta melahirkan anak.

  • Suami atau isteri jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • Jika ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas; isteri bulan - cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya, sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

    Sumber: http://www.fadzilahkamsah.com/

  • p/s: hok bold + larger font tu sesuai utk couple..hok lain bleh dipertimbangkan ttp perlu diubahsuai dgn status anda.ok!

    1 comment:

    Stalker said...

    busted!







    p/s:muhasabah diri sebelum khawen..bagus..ngehehe