Monday, August 30, 2010

ini tanah kita

sedar tak sedar, sudah 53 tahun tanah Melayu ini bebas merdeka...
syukur Alhamdulillah..kita hidup di tanah ini
tak perlu takut dengan bunyi das tembakan dan bedilan bom
tak perlu risau diusir dr tempat asal sendiri
berbanding dengan negara lain yang terseksa ditindas...
bersyukurla..nikmatilah...bertuahnya kita menjadi Anak Malaysia

aku berasal dari sabah..tanggal 31 ogos 1957 bukan tarikh keramat kemerdekaan sabah.atas sebab itu aku letak kemerdekaan tanah melayu.namun,aku ttp meraikan 31 ogos kerana kalau tanah melayu tidak merdeka pada tarikh ini,bagaimana sabah dan sarawak boleh mencapai kemerdekaan 6 tahun 16 hari kemudian?jika tidak kerana kemerdekaan tanah melayu, mungkin aku menjadi warga brunei darussalam mahupun filipina atau mungkin mempunyai negara sendiri.tapi aku tetap bangga mnjadi anak malaysia..

pernah sekali kutanya rakan-rakan...bangakah mereka menjadi anak malaysia?dilahirkan di bumi malaysia?segelintir mereka mengatakan mereka tidak berbangga malah teringin mahu menjadi warga UK,Amerika, Kanada dan beberapa negara lain..sedih..cukup sedih..sebilangan mereka ini makan atas duit yg diberikan kerajaan..dibesarkan dengan gaji seorang bapa/ibu yg bekerja untuk negara..mendapat pendidikan yang tinggi di negara sendiri..tidak cukupkah nikmat yg telah anda terima??

memang negara ini punya kelemahan..tapi jgn dijadikan ia satu permasalahan yg besar hgga hilang jati diri anda sbg warganegara.jangan tanya apa yg negara berikan kpd anda,tanyakan diri anda apa yg anda sumbangkan pada negara anda..

sepintas mengimbas 3 tahun lalu ketika Malaysia mencapai usia separuh abad merdeka.aku terlibat dalam sambutan yang gilang gemilang di ibu negara.pertama kali menjejakkan kaki di stadium merdeka, terasa semangat patriotik semakin menebal di dada.seakan terasa betapa teruja, bangga, dan gembiranya rakyat pd 50 tahun yg dulu di tempat itu menyanyikan lagu negaraku.tanpa sedar,air mata bangga dan terharu menitis saat menyanyikan lagu negaraku..pengalaman selama 20 hari berhujan berpanas, kurang tidur dan kurang makan tidak sekali-kali dilupakan.bermula pada ketika itulah kecintaan terhadap negara sendiri semakin berkobar2..

mungkin xramai yg mempunyai perasaan sebegini.tp jika anda renungkan sedalam2nya..anda pasti mengakui..nilai warganegara kita yg tertera di kad pengenalan sangat mahal harganya...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53...
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

p/s:kpd immigran/students/foreigner yg ada kat Malaysia ni..hormatila negara ini sbgmana anda menghormati negara anda juga.

2 comments:

ceguzeha said...

merdekaaa!!!
wahaaa!
aku sayang malaysia oke!! ^^
peace!

Unknown said...

sejujurnya..
sejak balik dari sambutan kemerdekaan ke53,2010..
memang smgt patriotisme tuh mcm meningkat..
bila dah berbakti, berkorban untuk negara, baru terasa sayangnya dengan negara ni..
saya bangga jadi anak Malaysia..


"saya bangga jadi guru"..
yeah!