Thursday, November 26, 2009

Sekadar…

Hari-hari yang mendatang kuharung dengan seribu satu perasaan..Sunyi?Rindu?Bosan?

Berkira-kira..berfikir dan mengimbau kenangan suatu ketika dulu…Bersama teman-teman… Masa tak boleh diulang tapi tak salah kalau kita mengulang memori-memori yang pernah kita lalui… seperti aku…

Sesekali, aku menggamit rasa keinsafan dan menyedari reality bumi ini. Bukan semua yang kita ingini akan kita kecapi… Impian, cita dan cinta… Apa yang dilalui kini perlu ditempuhi. Ini adalah perjalanan hidup. Kutip setiap batu yang ada kerana ia adalah pengalaman yang berharga…

Hm… bukan niat ingin menjadi minah jiwang di sini. Sekadar mencoret sebuah cerita yang lahir dari hati, ditafsir dek akal dan dilahirkan oleh gemalai tarian jari. Bila begini, terasa sayup2 gelak ketawa suka ria yang sentiasa menceriakan hari-hari… Kata orang, seceria mentari pagi. Benar kata bijak pandai, adakalanya kita perlu sendiri, meminggir dari keseronokan untuk mencari kebenaran.

Bukan niat untuk menjadi yang terbaik, yang sempurna. Jangan salah faham. Ini adalah luahan yang kutitip buat renungan diri di masa akan datang. Andai ada yang sudi melirikkan mata di setiap bait-bait kata, terima kasih. Andai tidak senang, kritikkan sedia diterima. Laman ini semakin sepi tanpa isi. Minat yang membara untuk berkarya hilang entah ke mana. Buah fikiran untuk menyusun kalimah-kalimah yang indah juga tiada… Namun kugagahi untuk mengisi laman ini… Dengan bicara sekeping hati…

No comments: