Monday, May 11, 2009

Perkara Pertama

Yeah!akhirnya aku kembali ke Sabah tercinta!!!!

niat aku adalah untuk memulakan sesuatu yang baru dengan kembalinya aku ke kampung ini.Masalah lalu biarlah pergi..aku dah tak larat nk fikir.Aku hanya berserah...

Biasanya kalau hari baru berada di sekolah mesti kita akan perkenalkan diri kan?So, I think i should go back to basic since i never mention of myself...i mean the 'basic' thing bout me...

Tanggal 17 Julai tahun 1988, seorang bayi telah dilahirkan oleh seorang ibu 31tahun bernama Dg.Sinah. Bayi itu dinamakan sebagai Azeyana pada mulanya namun ayahnya telah menambah dan mengubahsuai nama itu sekreatif mungkin sehinggalah terbentuk nama ZAIZEYANA YANTIE...nama itulah yg telah mendatang kesusahan kpd kebanyakan org untuk menyebut dan mngejanya...

Dibesarkan di Kampung Pimping Membakut, di sebuah rumah papan yg didiami bersama atuk dan nenek serta adik beradik yang lain. Si ayah bernama Zainal Amit, seorang guru manakala ibunya bernama Dg.Sinah, kakitangan JKR. Mempunyai 2 org abg, Mohd.Hamzah Zainal dan Mohd.Zaieddie Zainal;seorang kakak,Zainah Wattie Zainal dan adik perempuan Norhazadiana Zainal.

Pendidikan awal bermula secara formal di Sk.Pekan Mmbakut dan pendidikan agama di Sek Rendah Agama JHEAINS Kg Pimping (1997-1999) dan SRA JHEAINS Pekan Membakut (1999-2000).Setelah memperoleh keputusan yang agak cemerlang dlm UPSR (4A 1B)...SMA Inanam menjadi pilihan utk menyambung pelajaran tp xlama.Persekolahan menengah disambung di SMK Membakut (2001-2002).Apabila SMK Membakut 2 dibuka, maka berpindah pula ke sana sehingga tamat SPM dengan jayanya...

Kini, masih bergelar pelajar jurusan B.Ed TEYL (Teaching English For Young Learners) iaitu kursus usahasama Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dan Universiti Utara Malaysia. Telah merantau selama tiga tahun menuntut ilmu dan akan terus berjuang selama 3 tahun lagi untuk menggenggam ijazah yang diimpikan.

Insya-Allah, suatu hari nanti akan meneruskan pembelajaran dibidang yang diminati spt Undang2 ataupun Persuratan Melayu atau Kaunseling...

Amat geli pada binatang lembik tp suka ular..Suka aktiviti air tp fobia dlm air dan hanyut hehehe
Amat gemar seni mempertahankan diri tp sukakan kedamaian. Gemar melancong tp benci shopping.suka membaca dan menulis tp kurang gemar menonton.gemarkan warna hitam, light purple,maroon dan putih.suka menari dan menyanyi tp hanya untuk kepuasan sendiri..Akhir sekali...sgt byk ttg diri ini boleh diperkatakan tp masa tidak mengizinkan..Apa2pun..inilah saya..seorang insan biasa...

3 comments:

ieraLEE said...

yay yantie da balekkkk....

tggu kami datang yee

MohdIzwan said...

Saya boleh menyebut dan mengeja nama anda dgn lancar...
hahaa...

Azeyana Zainal said...

ok ira...rumah dlm pengubahsuaian...xpe kot?

tahniah Onney!sapa bleh eja n sebut lulus tahap pertama jd laki aku hakhakhak