Saturday, November 6, 2010

terasa hati

KEDAH BANJIR TERUK.

dan kerana bencana alam ini maka peperiksaan ditunda.
bila peperiksaan ditunda maka tiket saya (tiket FLIGHT ok!) hnya menjadi kepingan kertas sahaja.


itulah nasib aku serta budak2 borneo yg lain. Kerugian yang ditanggung besar maknanya.bukan setakat harga tiket yang beratus2..tetapi peluang untuk bersama keluarga tercinta, menjejak kaki di tanah negeri sendiri juga seakan kabur.
Itu kami.

namun kami takde lah nak kecoh mana. Sedih memang sedih. nak marah, tak boleh. Bukan disengajakan pun.Dah nama pun bencana alam bukan pihak UUM suka2 nk pinda tarikh.kami trima seadanya.Adat belajar di perantauan.Life must going on..as usual.

cuma hati ni sedikit terusik melihat org sekeliling. Mereka tinggal di tanah semenanjung. kalau cuti seminggu, 3 hari malah hujung minggu juga boleh kembali ke rumah. Tapi kecoh dan tak keruan bila jadi hal2 mcm ni. Ribut memanjang. Sedih tak boleh balik sbb banjir. marah2 tak tentu hala. salahkan itu, salahkan ini..Astaghfirullah...ini kan dugaan yg diberi oleh Allah?

aku sgt terasa bila yg ada g memberikan reaksi yg bg aku melebih2. Cuti panjang, 3 minggu sblm exam. tapi kalut xbleh blah. mmgla..rs nk balik kampung.nk duduk kt uum ni pun bukan bleh buat apa.tp bg aku, agak2 la kan..tak fikir ke perasaan kami?

aku hnya mmpu berdiam diri tgk gelagat mrk.Dalam hati aku berkata
"at least korg bleh balik even lambat. At least korg bleh balik2 bila2 ada cuti. At least korg dkt dgn family. At least, korg bleh sambut raya bersama family. At least, korg tak rugi byk mcm borneoans. At least, kalau takda bas direct, korg bleh je cari bas alternatif. At least, korg ada keta nak balik rumah. At least, korg masih bleh balik dlm masa 3 minggu ni...AKU?"

maaf kalau aku nk kata...aku terasa sgt bila org kata yang aku tak faham keadaan mereka. tak faham dr segi apakah???

bila tak bleh balik mcm ni..aku tak risau diri aku. Aku bleh survive walau dlm apa keadaan. Aku hnya risau apa2 jadi dgn family aku..yg itu, korg faham?

sepanjang aku berada jauh dan tak bleh balik bila2 cuti..bila aku col family..semua ahli keluarga ada dirumah kecuali aku..aku hnya dpt rs semua tak sampai 5 kali setahun..maklumlah, balik pun 3 atau 2 kali setahun..korg faham perasaan tu?

bila ada masalah yg dialami keluarga aku,sakit dan sebagainya..aku tak dapat nk buat apa2. Aku tak bleh nk balik walaupun ms tu cuti...korg faham perasaan aku?

bila salah seorg ahli keluarga aku meninggal..ahli keluarga rapat..aku langsung tak bleh nk balik walaupun sekejap.At least kalau korg tak sempat tlg dlm urusan jenazah tp masih sempat bersama2 ahli keluarga dlm musibah itu..sedangkan aku langsung xbleh balik. faham perasaan itu?

jadi..tolong..bg korg yg tak pernah berjauhan spt kami..mungkin korg tak tahu..sekali korg bersedih bila jadinya hal2 mcm ni..cuba fikir berapa kali ganda pula kesedihan kami???

p/s: ini luahan hati. mana yg terasa, aku minta maaf. untuk berkata2, aku tak pandai. biarlah dr tulisan aku meluahkan apa yg terbuku di hati.


No comments: