Thursday, August 20, 2009

warkah kerinduan

Ke hadapan kau yang kurindui..Semoga sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Maafkan daku kerana telah terlalu lama tidak mengutus khabar buatmu..Bukan kerna kekangan masa yang menghimpit hidupku..namun aku tidak punya kekuatan untuk mengingatimu..

Entah kenapa malam ini, ketika ini aku menarikan jemariku untukmu. Sudah banyak kali hatiku mendesak, menggagahkan diri mengirim walau sepatah kata buatmu namun ia terhalang dek fikiranku. Tapi kini, kerinduanku mengenepikan segalanya. Aku akur pada hati..Maafkan keegoanku..

Benar, aku selalu menghubungi mama, papa dan yang lain. Tapi kurasa agak kekok untuk bertanya kepada mereka tentang keadaanmu. Sesekali terdengar suaramu di hujung talian. Hatiku berdetap hiba. Namun ku tahan jua. Aku memang tidak pernah meminta mama memanggilmu untuk bercakap dengan aku. Sungguh, masa2 lalu membuatkan aku mengerti yang kau tidak pernah faham apa yg kukatakan. Untuk apa aku merelakan ketidakfahaman mu itu melukai hatiku?

Kendatipun, aku tetap rindu padamu. Aku rindu saat kita berkejaran mesra. Aku rindu saat melihat kau menikmati santapan yang aku sediakan. Aku rindu mendengar suara manjamu. Aku rindu renungan matamu. Aku turut merindui keletahmu yang nakal itu. Aku tahu kau juga begitu, bukan? Masihkah kau menghabiskan siangmu di kamarku? Adakah jendela kamarku masih menjadi tempatmu termenung melihat awan atau barangkali mengenang nasibmu yang sendirian? Atau masihkah engkau setia mengejutkan ahli rumah dengan suara lunakmu saat subuh menjelang?

Alangkah bahagianya andai saat ini kau di hadapanku. Akan kulempiaskan kerinduan ini padamu. Akan kuceritakan setiap pengalaman pahit manisku padamu. Aku tahu, pasti kau hanya memandangku sepi tanpa sebarang kata. Itulah kebiasaanmu. Aku menanti untuk bertemu denganmu. Membelaimu penuh kasih.Nantikan aku...Cici, kucingku.

2 comments:

Orang Kampung said...

Cit! Cinabeng betul....aku ingat kau cerita pasal boyfriend, rupanya pasal Si Miau...Namun kami di Membakut ini mendoakan kau dipertemukan jodoh dgn seseorang yg baik-baik, ok.

putribayu said...

hak3...ape kelas citer pasal boypren kt blog beb...mekaceh3...kawin nnti aku jemput...xtau bila la...calon pun takdak hak3