Thursday, July 30, 2009

pesanan...kau+aku=kita

dalam kalut rebah berdiri
mencari damai kiranya abadi
tersusun tapak melangkah cemas
teraba-raba dalam gelap tapi terang

kita adalah kita
tak pernah puas dan suka
hati meronta jiwa memberotak
lapar dan dahaga tdk putus
mengikut nafsu yg semakin rakus

apa lagi yg kita mahu?
ketamakan yg tak sudah2
kedewasaan kononnya tp meratah kematangan
hilangkah sudah nilai kemanusiaan?
pemangsa kpd bangsa sendiri
melahap daging meratah jiwa
mereka yg lemah terus lemas
angkara keinginan menjadi tunjang perbuatan

sudah!
keluarlah dr kepompong nan gelap
hentikanlah pencarian sia2 ini
jangan diteruskan langkah yg pincang
carilah terang yg pudar
kita pasti beroleh sinar.

No comments: