Saturday, August 24, 2013

di satu pentas itu

Dia bangkit dalam senyuman
Mencipta satu dunia khayalannya sendiri
Bukan,bukan khayalan tetapi lebih pada penceritaan
Susunan plotnya teratur
Diisi dengan rencah yang selayaknya ada
Sengaja unsur kecindan diberatkan sukatannya
Biar tertutup mana yang pahit
Pedih dan pelbagai rasa yang membungkam jiwa

Dunia yang tercipta itu asyik
Leka dengan latar dan langkah tari
Pentas khayalan ciptaannya kini hidup sendiri
Menari berlakon tanpa aturan
Plotnya kini sudah berubah
Pengakhirannya jauh tersasar

Adapun dia duduk di satu sudut
Sambil memerhati bak orang yang hilang akalnya
Ini bukan karyaku!

1 comment:

Ohsenyum said...

terima kasih kerna beritahu sya...mengenai kemalangan di sabah....!