Monday, January 12, 2009

Palestin...Sampai bila kekejaman akan berterusan?

Hari demi hari ada sahaja berita2 yang diuar-uarkan tentang keganasan rejim Zionis ke atas rakyat di bumi Palestin. Berapa banyak nyawa saudara seislam kita telah terkorban dan berapa banyakkah lagi yang akan terus menerus dilanda penderitaan dan ketakutan? Sedang kita asyik bersenang lenang di bumi Malaysia iani, saudara kita di sana ditemani lagu2 dentuman bom dan suara kesedihan kehilangan ahli keluarga dan sanak saudara tercinta. Apa yang boleh kita lakukan?

Petang tadi, bersama dengan beberapa rakan berbincang untuk menjalankan satu program kutipan derma untuk membantu rakyat Palestin. Hati ini sememangnya meronta2 untuk menghulurkan apa yg mampu demi sahaja melihat dan mengenangkan keadaan rakyat PAlestin di sana. Syukurla...masih ada juga anak2 muda seperti teman2 yang turut berhati mulia untuk turut sama berganding bahu membantu. Walaupun sekadar satu perancangan sahaja, InsyaAllah andai diizinkan mungkin niat yang murni ini akan tercapai jua nanti.

Kepada pembaca2 sekalian, apalah salahnya andai anda turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Lupakanlah perbezaan agama tetapi bantulah atas dasar keperikemanusiaan. Kita diciptakan untuk sama2 berkongsi kemewahan alam ini. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka...sudah pasti kita juga inginkan sokongan dr pelbagai aspek. Tiada ruginya kita membantu...tiada ruginya andai kita inginkan bumi ini bebas dari keganasan.LOVE PEACE SAY NO TO WAR AND VIOLENCE.

No comments: