kucing itu comel.bila kucing mengiau ada yang suka..ada yang benci.Buatlah macamana pun..bila kucing nak berbunyi..kucing tetap keluarkan suara gemersiknya yang kadang nyaring kadang merdu.terpulang pada anda untuk menilainya
Friday, February 19, 2010
Ganu...
First time pergi ke zon pantai timur semenanjung Malaysia...Kira puas hati jugaklah...KElantan pun dh jejak..Walaupun tak la keseluruhan negeri tp dh experience environment 2-2 negeri ni pun aku rasa dh best gila..
Anyway, THANK YOU SOOOOO MUCH for Wan Nur Syazwana sekeluarga yg sudi menerima kehadiran sy selama seminggu ini. Hospitality yg terbaik lah! Mama and Abah sya mmg best...sudi bw sy jalan2 sampai ke Pengkalan Kubur, KB Mall...Sudi bw sy pegi kedai tudung yg sungguh murah hingga rambang mata di buatnya...Juga ke pasar payang utk membeli batik...tak lupa juga Mydin yg paling besar sy pnh pegi huhuhu....Juga rumah tok n nenek sya yg best...kampung yg tak penah sy rasa suasana kgnya...
Lupa lak nk gtau...sy saaaayang Aryuni @ adik bongsu sya yg sgt2 la aktif, manja n peramah walaupun kekadang tu naik geram dibuatnya...TQ juga buat adik2 sya yg lain spt Wan, Yo n Alin..and si kucing B yg berjaya melakar parut di wajahku huhuhu...hebatnya B hgga mampu membuat rekod kucing pertama mencakar sy di muka...
TQ SO MUCH!!!!hrp2 bleh pegi lagi lain kali heheheheh...(tak puas shopping)
Tuesday, February 9, 2010
Sajak Malam Puisi Riong UUM 2010
Belang yang Hilang Belangnya
Lahirnya aku ke dunia
Akulah pewaris takhta
Segenap rimba bersorak gembira
Pepohon lalang meliuk lintuk menari suka
Burung-burung berkicau bebas ceria
Datangnya 1 lagi Raja
Bakal pemerintah seluruh rimba
Taklukanku merata-rata
Dari sekecil semut sebesar seladang
Tunduk, patuh dan gentar
Taringku berkilau menggerunkan
Cengkamanku tajam symbol kegagahan
Sebutkan!
Seluas padang rumput saujana mata
Atau
Serimbun semak belukar menghalang jejak
Mahupun sedalam tasik bias kuredah
Belangku tak pudar, taringku tak tanggal.
Panthera Tigris! Nama yang gah
Saudara-saudaraku penakluk dunia
Dr utara ke selatan, timur ke barat
Rimba itu milik bangsaku.
Hinggalah…
Kemodenan datang bermaharajalela
Tak tertanding oleh kehebatan dan kegagahanku
Kerakusan menjadikan aku mangsa
Di mana lagi hendak ku cari Careya Arborea?
Tiada lagi si rusa, seladang mahupun kelisa
Aku kini buruan sang durjana
Hanya kerana wang tak seberapa…
Maka aku yang menerima bencana?
Keperkasaanku kini tak bererti
Matiku ini adalah kerna belangku…
Pupusnya bangsaku tiada yang tahu
Mereka telah terlupa…Akulah pusaka rimba.
1538
03022010
p/s: kredit utk saudara Aizat Rushdi atas ilham anda memberikan tajuk ini dan Amirul Shazmi yg mendeklamasikannya.
Saturday, February 6, 2010
Cinta Daun dan Akar
Salam cintaku
APa khabarmu disana?
MAsihkah dikau menanti seperti biasa?
Tak pernah jemu bak sang suria dan rembulan
Tetap bersama berabad lamanya
Pencintaku,
Di bawah rimbunan lebat si kayu lembut agathis
Kita berteduh
Sesekali bayu rimba menyapa
Bertanya khabar kita di sini
Yg turut serta menjadi ahli keluarga rimba belantara
Saban waktu tika sang suria melebarkan sayapnya
Suria bertanya cukupkah bekalan khasiatnya
Buat kita sekeluarga?
Cukupkah karbon dioksida
Untuk kita terus membantu mengekalkan habanya bumi?
Hari berganti masa berlalu
Kita membesar bersama
Kau semakin gagah, begitu jua aku
Semakin indah hijaunya
Namun, tugas kita ttp sama
Bersama2 saudaraku, kami cernakan karbon kpd oksigen
Engkau dan juga saudaramu,
Sentiasa memerah keringat membawa bebanan mineral
Segalanya demi keseimbangan belantara ini.
Tapi sayangku..
Lihatla apa yg terjadi kini
Kita terpisah tanpa rela
Sunguh-sungguh aku membenci mereka
Apa dosa kita hingga menerima nasib sebegini?
Mengapa perlu kita diperlakukan sekejam ini?
Hinakah kita di mata mereka?
Terseksakah mereka melihat kerukunan kita di rimba belantara ini?
Satu persatu teman kita
Tumbang ke bumi
Balanocarpus! Dyera! Shorea! Dan Camphosperma…
Mereka itu barisan panglima unggul belantara ini
Akhirnya terbaring kaku
Kita bersama penduduk belantara ini meratapi kehilangan mereka
Dan kita berdua…lebih menderitai perpisahan kita..
Tinggallah sayangku..
Tinggallah kasihku…
Lenyap kita bersama amarah
Hilang kita bersama duka
Pergi kita bersama derita
Telah kupasakkan janjiku
Pada tanah, air, angin dan api
Datangkanlah musibah buat mereka yg rakus dan tamak haloba itu
Rasakan deritanya perpisahan yg tiada tara
Antara aku, si daun dan kasihku…sang akar.
12.46pm
03022010
Tuesday, December 15, 2009
::TIGA::THREE::
Ye! Aku sangat marah! Sangat2 la marah sampai rasa nk jd macam kucing kat atas ni…Kenapa?
Sbnrnya, nk kata marah tak juga. Tp agak geram dan menyampah pada beberapa perkara:
- Pencemaran Bunyi
Ini berlaku di kejiranan aku. Aku tak paham la spesis apa depa ni. Xreti nak hormat org langsung. Aku tau la korang hebat, kaya, canggih…keta ada sound system yg hebat. Speaker letak 10 bijik.. kot ye pun..hormat la sikit org2 yg ada kat sekitar korg tu. Ingt2 la rumah ko tepi surau. Banyak aktiviti2 agama kat sana. Time solat pun org jemaah kat sana. Alangkah moleknya kalau ko n geng2 ko yg hebat2, ranggi2 and stylo tu gi join sekaki kat surau dari pasang lagu sekuat2 alam? Kekadang tu dah nk masuk maghrib, time tu la korang pulas volume tinggi2. Pehal weh?Org baca Yaasin kt surau, korg nari shuffle berbackgroundkn lagu dangdut remix yg ntahapapantah tu. Malam2 yg dh sunyi tetiba korg pecahkn dgn skali lagi bunyi yg menyakitkn telinga ni. Salah tak salah nk modify keta korg jadi camana pn tp agak2 la kalau nk test power. Bila tegur,tak leh terima. Macamana tu? Geram tul la aku..Rasa mcm nk je aku putuskn memana wayar yg ada. So bila dorg start wat hal dgn speaker2 dorg tu, KADABOM!!meletup…puas hati aku!
- Desperate Woman and Black Magic
Yang ni…aku tak sangka wujud juga golongan mcm ni di zaman yg serba moden lagi canggih dan agak civilization ini. Sapa yang terlibat tu aku kna rahsiakan. Aku Cuma nk cakap…Oi pompuan..kot ye pun dh terdesak sgt…takkn la sanggup nk guna benda2 setan mcm ni? Curi bf org satu hal..pekena dgn jampi,bomoh2 ilmu sihir ni satu hal. Hidup zaman mana ni? Nama je educated, ada ijazah…La ni pun blajar lagi nk jd cikgu. CIKGU!tp buat benda syirik ni.APa kes dowh? Tau la ko dh berumur…tak berpunya lagi…Apa la salahnya kalau buat sec normal. Kalau nk sgt dgn bf org pun, buat cara normal. Ngorat elok2 bukan main ilmu2 salah ni. Dah org tu tanak, cari la org lain. Belambak apa jantan kt dunia ni…Ni, bkn stakat yg lelakinya ko buat, dgn gfnya skali ko kenakn..Manusia ke apa? Apa ko ingt,kalau ko dpt laki tu..hidup ko akan happily ever after k? eh, halooo…even Snow White, Cinderella tu pn tak guna black magic, bru ending cerita happily ever after. Yg ko ni? Aku kesian tgk mangsa ko ni…berbulan merana macam org hilang akal. Tak makan, tak tido..NAsib baik cepatla berubat. Dah nk sembuh tu, ko hentam plak dgn ilmu ko..Ek e leh…bodoh piang betul la..Bleh tak ko..dgn sesapa yg tlg ko tu…fikir sikit apa yg ko buat ni…Taubat la wei..kalau ko nk, byk lg org yg ko leh wat laki. Dgn mamat tu, dh tak da jodoh…takda la..Aih..geram betul aku. Rasa mcm nk belasah je pompuan tu.Tp, aku still tak caye sgt..Ada juga org mcm ni kt dunia skrg?Ish…ish…ish…
- Billboard
Ni aku ta nak komen lebih2. Aku juz musykil…apesal byk sgt billboard besar2 kt serata sabah (kk hingga sipitang) yg aku tgk la..byk gila muka menteri2, wakil2 rakyat kt billboard tu..Pesal ek?Tak dela..kalau aku tak silap, masa aku dok baca blog mantan PM ke-4 kita tu, ada sebut tak bleh letak gmbr mentri, wakil2 rakyat kt billboard..Tapi…ini la yg terjadi skrg..Ke.. aku yg silap baca? Bila aku buka portal u, terang2 sebut larangan meletakkn gambar mentri dlm banting, banner dsb..xpe…nnti aku check balik..boleh k tak bleh…
Tp..pd pndapat aku la..rsnya tak elok la kan..Bayangkn, nk gtau festival yg akan blangsung kt satu2 daerah tu..gambar pemimpin yg sebesar2nya.Mengalahkn font ttg festival tu. Kalau fikir2 balik, mesti org tanak baca sbb ingt tu juz muka mentri atau wakil2 rakyat je..aku sndiri pn mula2 ingt mcm tu, tp bila aku perati betul2..rupa2nya banner nk gtau ada festival…satu lagi..mgkin aku tak terfikir…tp apa perlunya letak gmbr2 tu?Bukan la nk kata aku tak mhargai jasa2 dorg majukn tmpt kita tp bg aku berpada2 la..emphasize memana yg patut…kalau ada festival muzik asli, elok letak gambar alat music ke…gambar masy kita yg berbilang kaum k..pakai baju tradisi..baru tarik minat org..pd hemat aku la…so..nk kata geram..bukan la..menyampah..tak la sngt…entah..confuse kot?
:: memana yg terlebih, tersilap…sorry ok..Sekadar luahan rasa..
Thursday, November 26, 2009
Sekadar…
Hari-hari yang mendatang kuharung dengan seribu satu perasaan..Sunyi?Rindu?Bosan?
Berkira-kira..berfikir dan mengimbau kenangan suatu ketika dulu…Bersama teman-teman… Masa tak boleh diulang tapi tak salah kalau kita mengulang memori-memori yang pernah kita lalui… seperti aku…
Sesekali, aku menggamit rasa keinsafan dan menyedari reality bumi ini. Bukan semua yang kita ingini akan kita kecapi… Impian, cita dan cinta… Apa yang dilalui kini perlu ditempuhi. Ini adalah perjalanan hidup. Kutip setiap batu yang ada kerana ia adalah pengalaman yang berharga…
Hm… bukan niat ingin menjadi minah jiwang di sini. Sekadar mencoret sebuah cerita yang lahir dari hati, ditafsir dek akal dan dilahirkan oleh gemalai tarian jari. Bila begini, terasa sayup2 gelak ketawa suka ria yang sentiasa menceriakan hari-hari… Kata orang, seceria mentari pagi. Benar kata bijak pandai, adakalanya kita perlu sendiri, meminggir dari keseronokan untuk mencari kebenaran.
Bukan niat untuk menjadi yang terbaik, yang sempurna. Jangan salah faham. Ini adalah luahan yang kutitip buat renungan diri di masa akan datang. Andai ada yang sudi melirikkan mata di setiap bait-bait kata, terima kasih. Andai tidak senang, kritikkan sedia diterima. Laman ini semakin sepi tanpa isi. Minat yang membara untuk berkarya hilang entah ke mana. Buah fikiran untuk menyusun kalimah-kalimah yang indah juga tiada… Namun kugagahi untuk mengisi laman ini… Dengan bicara sekeping hati…
Monday, November 23, 2009
Sabah
Phew!
Finally I'm home! After months stuck in Sintok..counting days to be home..save money for food..rushing here and there for classes and activities..now..i am soooo happy being here..Yeah!!!
Its already 3 days but I still exhausted..Damn tired!! Imagine, 12 hours by train and almost 3 hours by plane…not including hours at LCCT…make it worst..U ARE ALONE!!!! Yup…that was very terrible for me..bored…lonely..and quite difficult to do anything..Even go to toilet! I need to wait like 3 hours b4 I can do the Tuuuuuuuuuuuuuuuttt…u know..toilet business…man…hope dat airasia will open the check-in counter earlier after this..say..2 hours before boarding?
Cut that out..now I'm here..in my lovely sweety home..with my beloved family..i don't hav much to do this holiday..but for now..i went to my sister school…helped her with those pre-school pupils…7 of them..i read them stories..played with them…My sis end the day with some party..a choc moist cake as the main dish..I was a bit shocked and "insaf" when my sis told me that most of them never had a cake before…they never drink soft drink, never eat KFC, never went to anywhere as far as KK..it makes me feel grateful as I was born in my family..
Hm..nothing else to say…today is my parents 35th anniversary but I hav forgotten it…Sorry ma..sorry pa..hehehe…hepi anniversary!!!
Tuesday, November 17, 2009
Salam,
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..
Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?
Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.
Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!
Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!
Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!
Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!
Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!
Yang Benar,
Rockersejati
imagine dpt surat cinta mcm ni..perghhh!!!!!
100th
1.UUM
Dulu, cite2 aku nk blajar kt UIA atau USM...kunun2 nk amik law or medic tp aku tak pandai..so dpt la masuk IPGM..rezki aku ttp di penang wpun bukan plajar USM tp Ipgm Pulau Pinang.Syukur..walaupun mulanya aku xmo gila masuk maktab jd cikgu + cikgu BI..tp dh 4tahun and aku rs aku suka profesyen ni.Sekarang..aku tgglkn Penang yg ada mcm2 n berhijrah k bumi Sintok.UUM ni wpun xda la shopping mall mcm kt penang tp xtau napa aku still rs complete.Wpun nk mkn Mc D kna g alor star,tgk movie kt jitra...aku xkisah.Dr kecik pun aku hidup jauh dr entertainment.UUM ni ada go-kart,ada mall,ada byk tpt mkn (nk mknn arab pun ada) n paling best...udara yg segar...aku xsuka org dok mengata u aku ni u ulu..utan..bg aku uum ialah tpt yg plg sesuai utk blajar.Betul...xtipu...sungguh..aku syg uum...
2.ROOMATE/RAKAN SEBILIK
ms mula2 check bilik kt portal, aku neves nk tau sapa rumate aku.Pastu apek @ ivan gtau.."rumate u ziha!" OMG!ZIHA?Arziha?ok...utk pengetahuan semua..ziha adalah slh sorg ahli sexy seven..napa aku tkejut?sbb..sejak mula masuk maktab lg aku tak suka dorg ni.betul..pengakuan ikhlas.So...sjk tau ttg tu aku mmg xtdo lena.Aku siap ckp kt mak..rumate nnti xbest..Hari pertama dftar kt uum..aku msg ziha.Pggln Zie sahaja..ala2 manja gtu..dia reply msg aku..biasa2 saja..aku masuk bilik..dia xda.hnya ada sorg dak junior..xpe..yg junior blakang citer..bila dh jumpa..kitorg ok la..tp aku cuak sikit cz dpn bilik shasha n faz + mastura..oo man..chin n lain2 brada sgt jauh..aku redha..bulan pertama agak kekok tp bila dh lama...Sesungguhnya aku suka ziha..Sexy seven?sgala prasangka aku kt dorg terpadam.Dorg ok je pun..ziha ok n best..dia la kejut aku bgn subuh..kalau aku tensen dia pandai je wat aku hepi..study sesama plus tunjuk ajar sifu shasha..bosan2 lepak bilik sha borak2 sambil makan2...learn to survey new product kt internet n paling penting..sikap pompuan aku semakin nampak sjk kawan dgn dorg.Aku jd lemah lembut..sedikit manja hehehe dll..she teaches me many thing.Agama..aku dh jrg tggl solat..especially subuh.sabar...caranya yg agak lembut wat aku terikut...cara rlease tensen so aku jrg marah2...2 lg rumates Jue n shida...i learn to b a gud sister for them..sensitive..so bila pikir balik..aku xspttnya buruk sgka ms mula2 dulu..aku sayang rumates aku skrg...tak kenal maka tak cinta...isk3..sebak la pulak
3.STUDY
aku akui aku mmg malas study.Nk g kelas pun kadang2 kna motivate diri betul2.Wat assignment last minute..sampai kt uum aku lg lost.mklumla persekitaran yg bebas,jadual yg xpadat wat aku lalai.Kali ni assignment btl2 buat last minit.mmg gila..buku xpenah nk baca.Waktu kuiz pun nk tak nk je study.aih...yg ni makin teruk...next sem kna ubah...pointer dlm bahaya...
4.LIFE
keluarga - aku rs aku mkin rapat ngn family especially kakak aku.jarang2 gaduh..jarang2 aku ngamuk..mungkin sbb makin dewasa.dgn adik aku lak..aku dh tak garang sgt mcm dulu.mgkin juga sbb aku mula faham dia.parents..aku sdaya upaya mmbantu mana yg patut..xnk memerap je dlm bilik mcm slalu..plus..atok@pak tua pun dh xda..sumtimes,bila fikir nk cuti, balik kg...aku jd berat hati.Aku tak sggup nk jejak rumah sb ingt kngn dgn arwah.yela..ms arwah meninggal aku jauh di kedah.lagi 4 ari nk balik raya.tp aku positif...i still hv my parents,brothers and sisters there...i still hv grandparents blah mak.i want to share my time with them..i really love them and want to show it tho aku lemah dlm hal ni..btw...my family is my life...
rakan2-aku semakin meluaskan jaringan rakan2..Alhamdulillah..aku cuba buang tabiat buruk sgka aku dgn org dan hasilnya...aku bleh masuk dgn sesapa sj..tp aku minta maaf byk2 kt chin dll sbb jrg bsama korg..kelemahan ni aku akan cuba atasi masa akan dtg...
5. $$$ MONEY $$$
aih...yang ni tak tau nk kata apa...aku agak boros kali ni.beli itu ini..makan byk...xjimat lgsg!jumlah duit dlm bank dlm status bahaya..red alert...knapa ek?ye..sy sgt suka berjalan2...hm...kna jimat juga ni...ok..next
6.cinta
(tulisan kecik sbb segan hehehe)
1 je..makin byk cabaran.perlu byk bersabar
Ok la..tu je buat ms ni..kelemahan perlu diatasi..kebaikan perlu diteruskan..Overall...i did not regret anything...this is life and i juz move forward.-end-
Thursday, November 12, 2009
bila sendirian....
SATU
exam aku ada lg 2 paper. gap dgn paper lepas 10 hari menyebabkan aku sgt malas utk study dan hilang mood. Apesal la exam aku tak tetiap ari? Aku lg suka sebenarnya. Ni selang2...jauh lak tuh.Masa hari2 selepas exam yg 2 paper tu, rajin juga la aku membaca. Kiranya dh abeh la tp bila dh dekat ni of coz la kna revise balik kn? Tp tula...problemnya...aku mmg tak leh fokus..Arghhhh!!
DUA
Sunyi. Ye aku sunyi. Kengkawan seperti Ziha, Shasha dan beberapa nama lain telah berangkat balik k kampung masing2. Aku sepi sangat. Aku nk balik juga. Mmg la exam aku abis 13hb tp flight aku 19hb. lama gila nk tunggu..Sunyi giler!!
TIGA
Geram. Yang ini mmg aku dh tak tau nk kata apa. Berbulan2 berhempas pulas usaha projek tambun ni, last2 tak jadi atau dgn kata nama lainnya - postpone. Ok. Itu tak jd masalah sgt. Yg jadik masalahnya ialah paperwork kna betulkan balik (hnya kerana guna Kolej Sastera dan Sains instead of College of Arts and Sciences), kna g jumpa pn.B balik, minta sign dia, hntr g pej, tggu siap suma, ambik lg kt pej...Oh man..bila la bala ni nak habis?seyes, next time aku tak mo buat projek lg.Biarla aku jd pasif..(mgkin sha n ziha boleh mepertimbangkan permohonan ahli club pasif mereka).Owh...terlupa..aku ttp S/u kerja Tun.Tp aku agak lemas gak sbb aku agak sukar bergerak ke sana sini. Aku ingt tak jd mpp takyah nk pikir benda ni...aih...
EMPAT
bosan.Aku tak tau nk buat apa.Ok, study.yup...tp lepas 2 hari ni?tolonglah wahai pembaca...apa aku nk buat nih!!!!!!!!!
setakat ni aku hnya mmpu mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan dgn mengedit gambar.Nope!bukan guna photoshop ok..aku dh jnji dgn Mr.Loppy tak mo simpan software berat2.Juz guna magic photo editor n photoscape.Tq to Ziha n Ani krn kenalkn aku dgn menda alah ni...So inilah hasilnya...
Wednesday, November 4, 2009
berwajah baru
Buat mr.loppyku,
Sorry banyak2 kalau sebelum ni aku sering pukul2 ko.sikit2 tampar.sikit2 jentik.silap sikit ketuk. Aku tau ko mesti rasa sakit kan...Apa nk buat, owner ko ni agak panas baran.Yela..masa tu ko pun satu gak. Time aku nk wat keje, mulala ko nk hang la...screen gelap la...tak leh buka folder la..mana aku tak ngamuk.Tp aku harap pasni ko tak macam tu lagi...
aku juga minta maap sangat sebab suka marah2 ko n ugut nk tolak ko kat kedai komputer second hand..Tak...bukan aku tak sayang ko...tapi kadang2 kedegilan ko tu buat aku bengang..Ye la...bila ko tak mo log on...mcmana aku nk wat kerja?pastu ko slalu lambat nk shut down...tu kira xpela sangat sbb ms tu aku dh stop wat kerja tp bengang juga sbb nk kna tggu ko b4 aku cabut plug...Slalu buat aku lmbt nk kuar atau buat kerja len..hrp2 pasni ko jgnla buat mcm tu ek...janji tak ganti ko dgn notebook yg kecik tu..kalau ganti dgn notebook..mcmna aku nk tgk dvd kn?kiranya ko best lg la..
semalam aku dh hntr ko g jumpa doktor kn...dh buat spa...dh tukar wajah..aku dh lap2 habuk2 yg melekat kt tubuh ko..dan mesti ko suka juga kan sbb ko tak payah nk run program2 berat mcm photoshop ngn dreamweaver lg..aku dh tak blajar e-learning dh...skrg ko mesti dh rasa lg sihat..Jadi harap2 hubungan kita bleh jd macam dulu.mcm masa mula2 kita kenal dulu...aku jnji tak marah2 ko lagi...pukul2 ko lagi...tarik2 ko lagi...tp ko kna janji jugala ngn aku yg ko tak nk buat hal lagi..boleh kan?J.A.N.J.I?
saya saaaaaayaang Mr.loppy saya!!!
Friday, October 16, 2009
Aih...bila malas melanda...
Last week mmg mggu yg amat memenatkan bg aku. Mana dgn family day (walaupun aku tak keje sgt), fiesta YAB (nari ngn fashion show jer pown), pilihanraya (tak bertanding ok) tp aku ttp pnat.
Kita mulakan dgn pilihanraya. Btw,tahniah kpd cik tun, Mirul n murni krn telah menang dan menjadi mppuum. Sronok juga g ikut berkempen wpun kempen kt sini takla sehangt kempen pilihanraya kt luar tu. Tp, adala juga kutuk mengutuk, maki memaki..ALa...politik..expect apa kn?tp..aku pun stress gila gak..di sini sy ingin memohon maaf kpd memana pihak yg agak tidak berpuas hati krn saya tidak masuk bertanding. Ada sebab2 yg hnya sy mengetahui..Sori ok..
Family day?wpun aku tak buat keje byk tp tekena juga la tempias kesibukan dan kestressan itu..kt sini aku nk highlight 1 benda je..Apa silap bebudak course TEYL yg org tak suka sgt kt kitorg ni? Pi mana2 mesti ada je org tak puas ati.Kutuk, bias, macam2 lg la..Tp yg sakit hatinya tu, kerja blakang2 tabir yg kurang popular (atau tak popular langsung) suma bagi kat bebudak TEYL. Dh abis event, ajk suma blah. Wpun bukan hal korg, but as a TEAM..tlgla kemas apa yg patut. Ni tak..BEBUDAK TEYL JUGA ANGKUT KERUSI, MEJA, PERKAKAS2 dsbgnya. mau tak berketul kengan aku angkat berat. Piirah!minta puji ja suma tu...macam s***!
Fiesta YAB.Kudos for the organizer. mmg besh gila. First nite, pembukaan mcm besa la...Nari2, nyanyi2..Aku menari boria kowt...Nk ucap tq so much buat A'an yg telah membuat transformasi wajah aku dgn jayanya. Gambar?Next time ek..Second nite, P.Ramlee & Saloma..bebudak TEYL juga yg meriahkn suasana..U guys mmg the great!third nite..ada fashion show..ha..aku join beb..catwalk dow...pakai sari sangary..TQ for the saree n make up to Fazilah..
Thats all..aku tak de apa nk tulis. Juz report apa yg berlaku setakat ni la..Bosan?lantak korg la...ni blog aku, sketi aku la nk tulis apa pun..Chow!
Monday, October 5, 2009
my life so far...
tp best cz dpt jumpa kwn baru mcm Kak Cici (mpp kowt..huhuhu),Kak Yuni_nuna, Echah, Maria, Wan, Muaz and awi..most of the time aku mmg ngn Wan je..mybe shift same kot?Mamat ni nmpk je senyap tp agak happening juga..
org kedua yg aku rs best ialah kak Yuni..mybe asal sama kn..Sipitang jak pun..sudahla cute..funny lg tu..pinky girl..she loves pink and she gets a big pink teddy bear for her bufday present...dinamakan MOA-moa..maskot kitorg tu..heheh..hepi burpday kak Yun!!
Maria..budak lg tp kepala gila2 juga.Agak manja terutama ngn kak yuni n kak cici..dak sarawak..
Kak Cici..ni la BOS kitorg..Cute girl who like to laugh..but very serious when it comes to work...Takut sya..tp keje ngn kak cici mmg besh!
Echah..memula aku ingt tua dr aku rupanya sebaya!membazir je aku pggl kakak..Dia ni lg happening..asik nk gelak..aku pun tak paham..aih..
Muaz..mamat kembara sbb diai budak Kembara..Takla kenal sgt ngn dia cz tak rapat kan..jrg jumpa..so..no comment
Awi..mamat palapes...pun takda apa nk comment...kurang mesra dgnnya..
NWAY..for all MOA exhibition crew..korg mmg best!hepi dpt jumpa n keje ngn korg..
p/s:backpain kembali krn kerja mengangkat barang..sori mak..buat penat je mak bw g berubat sana sini..sy mmg anak yg degil hehehe

