Belang yang Hilang Belangnya
Lahirnya aku ke dunia
Akulah pewaris takhta
Segenap rimba bersorak gembira
Pepohon lalang meliuk lintuk menari suka
Burung-burung berkicau bebas ceria
Datangnya 1 lagi Raja
Bakal pemerintah seluruh rimba
Taklukanku merata-rata
Dari sekecil semut sebesar seladang
Tunduk, patuh dan gentar
Taringku berkilau menggerunkan
Cengkamanku tajam symbol kegagahan
Sebutkan!
Seluas padang rumput saujana mata
Atau
Serimbun semak belukar menghalang jejak
Mahupun sedalam tasik bias kuredah
Belangku tak pudar, taringku tak tanggal.
Panthera Tigris! Nama yang gah
Saudara-saudaraku penakluk dunia
Dr utara ke selatan, timur ke barat
Rimba itu milik bangsaku.
Hinggalah…
Kemodenan datang bermaharajalela
Tak tertanding oleh kehebatan dan kegagahanku
Kerakusan menjadikan aku mangsa
Di mana lagi hendak ku cari Careya Arborea?
Tiada lagi si rusa, seladang mahupun kelisa
Aku kini buruan sang durjana
Hanya kerana wang tak seberapa…
Maka aku yang menerima bencana?
Keperkasaanku kini tak bererti
Matiku ini adalah kerna belangku…
Pupusnya bangsaku tiada yang tahu
Mereka telah terlupa…Akulah pusaka rimba.
1538
03022010
p/s: kredit utk saudara Aizat Rushdi atas ilham anda memberikan tajuk ini dan Amirul Shazmi yg mendeklamasikannya.
No comments:
Post a Comment