kucing itu comel.bila kucing mengiau ada yang suka..ada yang benci.Buatlah macamana pun..bila kucing nak berbunyi..kucing tetap keluarkan suara gemersiknya yang kadang nyaring kadang merdu.terpulang pada anda untuk menilainya
Sunday, February 21, 2010
Lembut...
Lelaki lembut...aku terpanggil nk share isu ni sbb persekitaran aku yg sentiasa diisi oleh golongan ini. Sesetengah org tak suka kat dorg..bg aku, its not a big deal..kdg2 aku pun rs tercabar dgn golongan ini yg lebih ayu, sopan dan lemah lembut dr aku sendiri yg sedia adanya bergelar perempuan. Tp, kengkadang geli gak tgk mereka yg lebih mengada2. patah sana patah sini walhal hakikatnya takla patah sgt pun.
Ms aku skolah dulu, ada gak sorg budak ni..dia agak keperempuanan.Gaya jalan, tutur kata, perawakan smpaila pemakaian.kecoh satu sekolah bila dia cabut kening nk bentuk jd cantik melentik. Mana tak mengamuk pengetua aku..tp dia bijak.dia tak susahkn org lain. cuma, dia asyik menjadi mgsa buli. reason?sbb dia LEMBUT.gelaran pondan dsb mmg sentiasa berkumandang bila dia lalu.tp kalau nk compare dia dgn lelaki2 yg kononnya jantan lagi macho..bg aku dia 10 kali lg baik..so, kpd lelaki2 skalian, tgk diri anda tu elok k tak b4 kutuk dorg ni.kalau stakat nmpk keras tp pengotor, xhormat pompuan, bersidai je memanjang..toksah tunjuk hebatla..silap2 kuar anak nnti jd lelaki lembut gak..pdn muka!
bila masuk U..pergh!!!lagi belambak dan bertambah advance+daring golongan ini. tak segan silu tunjuk sifat mereka yg tersembunyi di sebalik tubuh fizikal.ada yg cukup cantik sampai susah nk cari pompuan yg secantik dia.ada pulak tu...biasa2 saja..ada yg bak kata kwn aku "jd lelaki pun tak kena, pompuan lg la"..tp dh itu mereka..bila tgk keadaan dorg yang "terlebih sudah" ni aku jd risau..Apa nk jadi dgn dorg ni nnti?bertekad k nk jd pompuan atau akn sampai msnya mereka sedar hakikat diri mrk sbnr?siapa yg salah dlm menggalakkan mereka jd macam ni?risau wei...lelaki dh la makin kurang (lagi2 kat U), ada lelaki pun tak serupa lelaki...mana tak byk pompuan jd andartu (ada kena mengena tak?)
so, harapan aku adalah...hrp2 golongan ini akan sedar siapa mereka yg sebenarnya.ketepikan kata hati yg slalu ckp "u are woman inside,trapped in a man's body"..bersyukurlah dgn kurniaan Allah s.w.t... Dan kpd mereka yg slalu kutuk, hina dan caci mereka..sbnrnya, kutukan, hinaan dan cercaan andalah menjadikan mereka lebih teruk.So, sbg lelaki yg tulen..bimbinglah mereka ye...
p/s :: lebih berminat pd lelaki lembut..rsnya dorg lebih hormat dan faham pompuan..skrg pun jatuh hati kat seorg lelaki lembut hehehe (jgn marah ye sesapa yg berkenaan....)
-ro-ya-nun-dal-wau-
rindu..kalau nk cari definisi...rasanya takyah la...semua org tau kan...tak tau?check la kat kamus dewan edisi terbaru...cuma apa,siapa, dan bilakah saudari rindu ini wujud?
Sebagai seorang yg jauh dr keluarga, terus terang diri ini amat merindui keluarga. Terkenang ms bersama keluarga dr kecil smpai la ke besar. Rindu saat2 bersantai di depan tv bersama keluarga, rindu saat mkn bersama, rindu saat bergelak ketawa, rindu mengenang masa shopping bersama keluarga...rindu serindu rindunya,mcm lagu kump.spoon tu...ms tu, kita tak fikir pun yg kita akan berada jauh dgn mereka. Kdg2 kita lg rasa nk cpt2 tinggalkan family, merantau jauh...tp hakikatnya, bila dh berjauhan mula mengenang kenangan indah itu..merekalah org yg seharusnya kita amat rindui. mgkin bg mereka yg sentiasa balik k rumah, tak rasa la sgt..tp bg diri ini..kerinduan tak tertahan..
rindu pd kenangan zaman sekolah...rasa ni timbul bila tengok kwn2 upload gmbr sekolah kt fb atau tgk bebudak pakai uniform sekola.Walaupun still bergelar pelajar, tp rasanya keseronokan alam sekolah menengah tak dpt ditandingi. Ms tu la jd nakal, degil, rajin, riang ria ribena dan mcm2 lagi la. Semua benda nk cuba. Kwn2 la yg utama.kalau bleh nk je sekola tnpa waktu cuti. Sehari cuti rasa mcm rugi yg amat..lg sronok bila baru blajar nk bercinta..eleh...cinta monyet!tak dpt tgk si dia sehari rs mcm nk dmm. dating ms nk tggu bas atau mak dtg amik.nk cover dr kwn2 buat2la slalu gaduh...balas2 surat letak kt laci meja...aih...bebudak...nak2 pula kalau dh jatuh hati kt mamat hensem lg fofular..pergh...mmg amik tau psl dia dr hujung rambut smpai hujung kaki. Dia dtg dr jauh, kita kt sini dh bunyi dag..dig..dug..kelakar...kelakar...tp yela...zaman sekola...potong jarila kalau ada kata dh tak ingat,tak rindu...Tipu semata!
hm...cukup la 2 dulu..kalau ada sesapa nk tmbh ke...nk bg idea k...jgn malu2 letak komen...bukan nk guna kredit henset atau stem POS malaysia pun hehehehe...
p/s : rindu kucing kt rumah
utk org tersayang....
Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu
Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku
Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi
Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya
lagu dan lirik : KRU
Friday, February 19, 2010
Ganu...
First time pergi ke zon pantai timur semenanjung Malaysia...Kira puas hati jugaklah...KElantan pun dh jejak..Walaupun tak la keseluruhan negeri tp dh experience environment 2-2 negeri ni pun aku rasa dh best gila..
Anyway, THANK YOU SOOOOO MUCH for Wan Nur Syazwana sekeluarga yg sudi menerima kehadiran sy selama seminggu ini. Hospitality yg terbaik lah! Mama and Abah sya mmg best...sudi bw sy jalan2 sampai ke Pengkalan Kubur, KB Mall...Sudi bw sy pegi kedai tudung yg sungguh murah hingga rambang mata di buatnya...Juga ke pasar payang utk membeli batik...tak lupa juga Mydin yg paling besar sy pnh pegi huhuhu....Juga rumah tok n nenek sya yg best...kampung yg tak penah sy rasa suasana kgnya...
Lupa lak nk gtau...sy saaaayang Aryuni @ adik bongsu sya yg sgt2 la aktif, manja n peramah walaupun kekadang tu naik geram dibuatnya...TQ juga buat adik2 sya yg lain spt Wan, Yo n Alin..and si kucing B yg berjaya melakar parut di wajahku huhuhu...hebatnya B hgga mampu membuat rekod kucing pertama mencakar sy di muka...
TQ SO MUCH!!!!hrp2 bleh pegi lagi lain kali heheheheh...(tak puas shopping)
Tuesday, February 9, 2010
Sajak Malam Puisi Riong UUM 2010
Belang yang Hilang Belangnya
Lahirnya aku ke dunia
Akulah pewaris takhta
Segenap rimba bersorak gembira
Pepohon lalang meliuk lintuk menari suka
Burung-burung berkicau bebas ceria
Datangnya 1 lagi Raja
Bakal pemerintah seluruh rimba
Taklukanku merata-rata
Dari sekecil semut sebesar seladang
Tunduk, patuh dan gentar
Taringku berkilau menggerunkan
Cengkamanku tajam symbol kegagahan
Sebutkan!
Seluas padang rumput saujana mata
Atau
Serimbun semak belukar menghalang jejak
Mahupun sedalam tasik bias kuredah
Belangku tak pudar, taringku tak tanggal.
Panthera Tigris! Nama yang gah
Saudara-saudaraku penakluk dunia
Dr utara ke selatan, timur ke barat
Rimba itu milik bangsaku.
Hinggalah…
Kemodenan datang bermaharajalela
Tak tertanding oleh kehebatan dan kegagahanku
Kerakusan menjadikan aku mangsa
Di mana lagi hendak ku cari Careya Arborea?
Tiada lagi si rusa, seladang mahupun kelisa
Aku kini buruan sang durjana
Hanya kerana wang tak seberapa…
Maka aku yang menerima bencana?
Keperkasaanku kini tak bererti
Matiku ini adalah kerna belangku…
Pupusnya bangsaku tiada yang tahu
Mereka telah terlupa…Akulah pusaka rimba.
1538
03022010
p/s: kredit utk saudara Aizat Rushdi atas ilham anda memberikan tajuk ini dan Amirul Shazmi yg mendeklamasikannya.
Saturday, February 6, 2010
Cinta Daun dan Akar
Salam cintaku
APa khabarmu disana?
MAsihkah dikau menanti seperti biasa?
Tak pernah jemu bak sang suria dan rembulan
Tetap bersama berabad lamanya
Pencintaku,
Di bawah rimbunan lebat si kayu lembut agathis
Kita berteduh
Sesekali bayu rimba menyapa
Bertanya khabar kita di sini
Yg turut serta menjadi ahli keluarga rimba belantara
Saban waktu tika sang suria melebarkan sayapnya
Suria bertanya cukupkah bekalan khasiatnya
Buat kita sekeluarga?
Cukupkah karbon dioksida
Untuk kita terus membantu mengekalkan habanya bumi?
Hari berganti masa berlalu
Kita membesar bersama
Kau semakin gagah, begitu jua aku
Semakin indah hijaunya
Namun, tugas kita ttp sama
Bersama2 saudaraku, kami cernakan karbon kpd oksigen
Engkau dan juga saudaramu,
Sentiasa memerah keringat membawa bebanan mineral
Segalanya demi keseimbangan belantara ini.
Tapi sayangku..
Lihatla apa yg terjadi kini
Kita terpisah tanpa rela
Sunguh-sungguh aku membenci mereka
Apa dosa kita hingga menerima nasib sebegini?
Mengapa perlu kita diperlakukan sekejam ini?
Hinakah kita di mata mereka?
Terseksakah mereka melihat kerukunan kita di rimba belantara ini?
Satu persatu teman kita
Tumbang ke bumi
Balanocarpus! Dyera! Shorea! Dan Camphosperma…
Mereka itu barisan panglima unggul belantara ini
Akhirnya terbaring kaku
Kita bersama penduduk belantara ini meratapi kehilangan mereka
Dan kita berdua…lebih menderitai perpisahan kita..
Tinggallah sayangku..
Tinggallah kasihku…
Lenyap kita bersama amarah
Hilang kita bersama duka
Pergi kita bersama derita
Telah kupasakkan janjiku
Pada tanah, air, angin dan api
Datangkanlah musibah buat mereka yg rakus dan tamak haloba itu
Rasakan deritanya perpisahan yg tiada tara
Antara aku, si daun dan kasihku…sang akar.
12.46pm
03022010